Posts

Showing posts with the label kesihatan

cara makan untuk pesakit gastrik

Elakkan dari mengambil susu rendah lemak atau susu high low. Orang barat menakutkan kita semua dari minum susu biasa (fullcream). Sebenarnya mereka ini membuat fitnah. Insya Allah susu lembu biasa (atau susu tepungnya) mengandungi khasiat rawatan penyakit gastrik. Bila anda menggunakan susu rendah lemak, HL atau Anlene, khasiat ini telah hilang. Bila keadaan gastrik masih kerap, elakkan dari makan roti kerana ia mengandungi yeast. Gantikan dengan biskut  cream cracker adalah lebih baik. Roti naan dan piza ada mengandungi yeast juga, elakkan. Perbanyakkan makan nasi lebih baik bagi makan tengahari dan malam. Selain dari mengamalkan nasihat yang saya berikan di internet, saya mencadangkan : 1. pagi minum susu (boleh campur horlick) dengan biskut cream cracker atau kuih (tidak mengandungi pulut atau ubi atau keledek atau kentang) 2. 10.30 minum susu dengan kuih atau biskut 3. tengahari  makan nasi dan elakkan sayuran yan...

makanan membakar lemak

Image
( 1) Bawang putih/merah - Bawang mengandungi antibakteria dan mineral seperti sulfur yang membantu untuk membakar lemak. Selain daripada itu, makanan ini juga berfungsi untuk melancarkan lagi sistem penghadaman dan juga meningkatkan metabolisme tubuh seseorang. (2) Tomato - Makanan ini mengandungi vitamin A, B6, C dan K yang sangat baik untuk membakar lemak. Selain daripada itu, kandungan kalori yang rendah juga menyebabkan tomata sering menjadi makanan pilihan untuk pengamal diet. (3) Putih telur - Putih telur adalah merupakan makanan yang menjadi sumber protein paling baik. Protein yang ada di dalam putih telur membantu untuk proses membakar lemak. Tetapi cuba elakkan atau kurangkan daripada memakan kuning telur kerana ia mengandungi kandungan kolesterol yang agak tinggi. (4) Lada - Mungkin makanan ini akan menghangatkan lagi kehidupan anda. Tetapi kandungan vitamin A, C, serat, kalsium dan fosforus dapat membantu untuk meningkatkan lagi met...

sakit selepas sihat

salam ramadhan minggu lepas, 2 kali aku g klinik swasta..dua2 klinik cakap aku gastrik..tapi lepas makan ubat, aku still tak selesa nak bernafas..last2 g klinik kesihatan(klinik gomen)..nurse check tekanan darah.. tekanan darah aku naik rupenye..148/88..tinggi la untuk orang semuda aku..**muda la sangat** pastu aku cakap la aku lenguh2 kat blakang leher..jantung rasa denyut laju..Doc tengok leher aku takut tiroid..bukan..Doc suh wat ECG test(yang check jantung tu)..normal..alhamdulillah..pastu Doc cakap aku maybe hypertension.. aku pon terfikir..oo..patut la time aku gelak2 macam ok la pulak aku bernafas..tak semput2 pon.. so sekarang aku kene slalu happy la kot..problem tu tak leh fikir sangat..sebab nanti aku susah nak bernafas.. tapi yang pasti aku kene setiap hari makan ubat angin..sebab gastrik.. sebab sakit selama 2 minggu..berat turun jadi 56..hehe..lagi 6 kilo nk 50..minggu lepas still 58..minggu ni 56..turun 2 kilo..ok la tuh..;p p/s: anggap sakit sebagai musibah..penghapus d...

demam dan tua

Image
risau kat anak..aku plak yang demam..semalam kat lab aku dh rasa sakit badan..masa drive balik dari keje aku rasa kepala berdenyut2 and kaki lenguh2.. bile en berg balik..dia tengok aku tengah berselimut herot terus ajak g klinik.. result: memang demam darah naik..maknenye kene darah tinggi 150/90..tinggi kan?? doctor ingat umo aku 30-31..huhu doktor bagi aku mc..yeay! tgk pic ni..memang patut doktor tu cakap aku umo 31 kan.. kurus pliss T_T p/s:esok cuti lagi..hehe

menu diet : oat +chicken soup

Image
diet aku tak bape menjadi dua tiga hari ni..asyik nak makanssss je..stress dalaman betul..huhu..ni menu sebelum dua tiga hari ni..hehe.. oat +chicken soup secara semulajadi, aku terrrr mengumpul byk lemak di bahagian tengah badan..bahagian lutut ke kaki dah ok..ini menyebabkan aku kerap sakit lutut and betis sebab membawa lebih muatan di bahagian atas badan..oh..sungguh seksa..(-_-") sekadar hiasan..;p jari pun masih belum betul2 slim..jejariruncing? runcing ke? runcing la sangat..hihi ni untuk en berg..bihun goreng pink.. kaler lain macam..cili giling yang aku guna tak asli..pewarna merah melekat kat ayam..patut la murah..beli kat mydin..lenkali beli cili kering lah..aku ni bukan ape..kurang rajin nk blend cili kering..huhu

tempoh berpantang sudah tamat

Image
arini cukuplah 40 hari rayyan berpantang setelah berjaya melahirkan momy nye..terbalikkan perkataan berwarna biru tu..heheh.. rayyan 40 hari sepatutnye harini aku last berurut..tapi tukang urut ade hal kecemasan pulak..x dapek la berurut harini..x tau la bile bleh berurut ni.. semasa berpantang..selain bertungku dengan tukang urut..mak aku suh bertungku sendiri jgk..aku gune benda alah ni.. bukan bantal rayyan ye anak2.. bes jgk guna benda ni..sape2 yang senggugut tu bleh la gune benda ni time sakit-sakit senggugut..i'Allah bleh hilang.. sepanjang berpantang..muke aku tak berminyak pong..tak cuci muke pn xpe..siyes rasa beh gile..lagi2 tang hidung aku yang selalunye bersinar-sinar sebab berminyak.. nak pantang lagi sebulan boleh??;p salah satu menu pantang berat badan aku tak berapa turun sangat lagi..aku target sepanjang pantang ni turun la 10 kg..eceh..tapi..umpama ngigau dalam ngigau la....x berjaya pong!!wat stress aku je target tinggi2..HAMPEH!! NAMPAK TAK RAHIM SAYA MASIH BU...

buah ni pun nak kene elak?

Image
kenal buah ni? pic google ini buah dokong tipulah kalau x kenal aku sangat suke makan buah ni buah kegilaan selama 25 tahun semalam makan dengan bersungguh-sungguh hari ni badan berangin lagi tak terfikir pon sebab makan dokong rupenye buah ni penyebab angin kakak dalam lab aku yang cakap buah dokong ni berbisa jugak senang nak kena angin eeeeee banyaknye benda aku suke nak kene elak sekarang ape ni???!!!! (-_-")

sauna

Image
aku suke aktiviti ni..x tau kenapa..sebulan sekali aku pegi la bersauna kat fitness centre..sebulan skali?hehe..iyelah noks..nak g tiap2 hari@minggu idok le boleh..botak kepala akak..sedar diri ini masih status pelajar..T_T kt fitness centre bilik dia berkayu lebih kurang mcm ni Sila perhatikan manafaat bermandi wap ( bersauna) dan bandingkan dengan kegiatan aktiviti bersukan yang lain 1. Bersauna selama 15 minit mampu membakar 400-600 kalori. 2. Aerobics selama 30 minit membakar 400 kalori 3. Berbasikal selama 30 minit membakar 250 – 500 kalori. 4. Jogging selama 30 minit membakar 300 kalori 5. Berenang selama 30 minit membakar 400 kalori 6. Futsal?**tiada maklumat..sila google sendiri..:p** haaahh..itu lah sebab i suke bersauna..^_^ KHASIAT DAN KELEBIHAN MANDI WAP ..Pembersihan terperinci kulit menjadikan kulit lebih menawan, segar, halus dan licin.. ..Mengurangkan berat badan dengan pembakaran lemak dari luar.. ..Men...

kisah angin lagi

Image
sudah sedikit lega.. rasa sedikit kurus setelah angin dalam badan beransur keluar **logik x?logik x?:p** semalam memang mengalami masalah angin yg sedikit terok tapi sebelah badan je..sebelah kiri..**byk wat dosa ke?huhu** rasa lenguh2..kebas2..pening.. sebelah kanan ok..normal.. pastu housemate aku bagi makan ubat ni.. tablet ultracarbon dan majun pastu sapu kat badan seblah kiri ngan minyak panas ni.. minyak panas jerangau merah cap kuda 1 mantoppppp.. lepas tu baru la angin nak kluar sendawa brup brap brup brap kentut memang tak sangat la **madi..sila bersikap senonoh** lega seyyyyyy!!! baru la boleh senyomm kombang hidong TQ housemate **u dah mcm pharmacist dh..hihu** jasamu dikenang hee (^_^)

angin satu badan

Image
mcm mane nk buang angin satu badan nehhh???? huhu.. ANGIN satu badan yang ni bukan bermaksud MAROH tapi ni betol2 angin dek nonnnn.. angin..angin Angin disebabkan oleh gas atau angin yang terdapat di dalam sistem penghadaman badan datang daripada dua sumber iaitu -daripada udara yang disedut -akibat daripada bakteria yang terdapat di dalam usus besar.Bakteria ini terjadi akibat gangguan daripada makanan yang tidak dapat di hadamkan dengan baik. Bagi seseorang yang mempunyai angin yang banyak di dalam badan pasti merasa tidak selesa dan merasa sakit-sakit seluruh tubuh badan . Bagi yang mudah menghidap penyakit angin ini perlu >>> mengubah cara pemakanan seharian iaitu mengurangkan makanan yang menyebabkan angin di dalam badan iaitu kacang, sayuran seperti brokoli,kubis, tauge, bawang dan asparagus,buah pir dan pic, manakala bijirin pula adalah roti gandum.Selain itu jauhilah minuman ringan dan jus buah serta minuman dari produk susu. ** alamak..seme ni...

Hidung Berdarah

Image
Punca Pendarahan Pendarahan hidung boleh tercetus akibat pelbagai punca. Ia boleh dibahagikan kepada faktor lokal atau setempat (masalah di dalam hidung) dan faktor umum atau sistemik, yang melibatkan sistem badan gagal mengawal proses pembekuan darah sewaktu pendarahan. Sungguhpun begitu, tidak kurang juga jumlah keadaan yang mana punca pendarahan itu tidak dapat dikenalpasti walaupun pelbagai kaedah penyiasatan dilakukan. Keadaan ini disebut pendarahan hidung jenis idiopatik . Faktor-faktor lokal di dalam hidung sendiri yang boleh menyebabkan pendarahan ialah seperti trauma atau luka yang berpunca daripada kemalangan, pembedahan dan jangkitan kuman dalam hidung atau rongga sinus seperti sinusitis dan barotrauma (trauma disebabkan perbezaan tekanan dalam sinus dan atmosfera). Benda asing yang termasuk ke dalam hidung pula, terutamanya di kalangan kanak-kanak, jika dibiarkan begitu sahaja tanpa dibuang boleh mengeras menjadi seperti batu ( rhinolith ). Apabila keadaan in...

sakitnye senggugut!!

Image
Definisi Apakah itu Senggugut? Senggugut adalah kesakitan yang dialami di bahagian bawah perut atau pelvis semasa datang haid. Pelvis adalah tempat di mana organ berikut berada iaitu rahim, ovari (kilang telur), dan saluran falopio, dan pundi kencing. Dalam bahasa Inggeris, senggugut dipanggil "dysmenorrhoea". Terdapat dua jenis senggugut. eh..ni bukan senggugut..ni sakit palo.. macam ni la akak kalau senggugut..huhu Senggugut Primer Senggugut ini yang berlaku kepada kebanyakan perempuan remaja tetapi tidak mempunyai patologi di pelvis dan rahim, setelah pemeriksaan oleh doktor. Ia biasanya berlaku selepas 6 hingga 12 bulan dari akil baligh apabila kitaran ovulasi bermula. Senggugut Sekunder Senggugut ini disebabkan oleh patologi di pelvis dan rahim yang biasanya berlaku di kalangan wanita yang lebih berumur dan masih subur. Sebab-sebab: Penyakit endometriosis. Penyakit ini dihidapi oleh 5-15% wanita yang mempunyai haid. Cyst Ovari dan tumor Fibr...

hari gaya hidop sehat

Image
hari ni berhanging out bersama labmate aku,si Indah..kami dua orang je la sebab yang lain2 seme ade hal..x kesah la..berdua lebih baik bak kate lagu Acha Sapriasa..hihu..tahap bosang yang melampau menyebabkan kami keluar dari sangkar sambil menyanyi 'Aku Burung Di Dalam Sangkar'..ala..lagu sekolah rendah tu..ingat x?x ingat pon xpe..jangan pakse2 diri untuk itu..XD kami berdua mengidam nak makan STEAMBOAT..tempat paling senang nak pegi mesti lah alamanda der..tempat lain x biasa la plak senah..tempat tu je la aku paling biase..okek la kan dari x tau langsung..kan.. nama pakwe sapa ni? busuk ke steamboat ni?:p indah x sabar nak makan our steamboat..aummmm.. air kegemaran..sambal kegemaran..XD mokcik ni sungguh teruja mokcik ni kenyang sudaaaa..hee.. sesudah makan sekenyang kenyangnye..kami mengucap alhamdulillah..cewah..masing2 macam x nak bangun..sebab perut dah jadi labuh.. lepas makan semestinya kami ke checkpoint seterusnye..aktiviti memanjakan diri..bukan ke spa okek..kamek...

kahwin penyebab GEMUK?

Image
kahwin penyebab GEMUK?(haaa..ade capslock di situ..:p) YANG DAH DEKAT2 NAK KAWIN TU SILA BACA!!! auw..bahagianyeeww Sebuah kajian yang dilakukan oleh sekumpulan penyelidik dari Universiti Minnesota(aku pon x tau kewujudan U ni..kalau dia tipu pon aku x perasan) menunjukkan PERKAHWINAN mendorong seseorang itu untuk naik berat badan!!! apabila seseorang itu berkahwin dengan pasangannya, si isteri akan menyediakan variasi makanan..mereka akan lebih banyak makan bersama..(ye la..saling suap menyuap plak kan..kau suap..aku suap..bahagia mak) bayangkan pada hari cuti..bermula sarapan,minum pagi kol 10,makan tgahari,minum petang makan cekodok,dinner,minum malam..(ni dah macam dok asrama plak kan..hui2)..betapa banyaknye mereka makan? haaaa..takut tak..nak kahwin??tak kan..sebab memang dah gatal sangat mak tak kesah dah..hee.. jangan risau..bile dah kawin nanti pakat2 la masing2 heret pasangan pegi jogging ke,bersukan ke..bersenamlah senang cite.. AMALKAN diet yang ringkas untuk menjaga kesiha...

mau posture yg betul!

Image
ni la masalah aku..muda2 lagi dah bongkok..tgk ni.. klu ngadap pc mcm tu la aku..x bagus langsung tgk si tudung kuning tuh duduk..sampai nampak pendek leher..(tapi still nampak kiutt) **muntah!!muntah!!** haih..hodoh la camni..camane ni?kawin nnt takkan la nak nampak bongok..eh bongkok? nak kene wat yoga ke?x pandai la plak..org islam x elok sgt kan wat bende ni.. kiri:madi sebelum kanan:madi selepas ini memang seme kat atas ni gaya aku lah..huhu ni aku suh 10 budak lidi@aneroksia bulimia wat demonstrasi postur (lemah je aku tgk budak2 ni..:p) ini dia manfaat menjaga postur tubuh tetap tegak: -terhindar dari sakit punggung -lebih bertenaga -terhindar dari sakit kepala -pencernaan lebih baik -nampak lebih kurus dan tinggi!!!(ni yg aku paling suke!!)