Pages

Friends

Followers

Tuesday, July 6, 2010

angin satu badan




mcm mane nk buang angin satu badan nehhh????

huhu..

ANGIN satu badan yang ni bukan bermaksud MAROH

tapi ni betol2 angin dek nonnnn..

angin..angin

Angin disebabkan oleh gas atau angin yang terdapat di dalam sistem penghadaman badan datang daripada dua sumber iaitu

-daripada udara yang disedut

-akibat daripada bakteria yang terdapat di dalam usus besar.Bakteria ini terjadi akibat gangguan daripada makanan yang tidak dapat di hadamkan dengan baik.


Bagi seseorang yang mempunyai angin yang banyak di dalam badan pasti merasa tidak selesa dan merasa sakit-sakit seluruh tubuh badan.


Bagi yang mudah menghidap penyakit angin ini perlu

>>>mengubah cara pemakanan seharian iaitu mengurangkan makanan yang menyebabkan angin di dalam badan iaitu kacang, sayuran seperti brokoli,kubis, tauge, bawang dan asparagus,buah pir dan pic, manakala bijirin pula adalah roti gandum.Selain itu jauhilah minuman ringan dan jus buah serta minuman dari produk susu.**alamak..seme ni akak suke..T_T**

- banyak minum air kosong

- kurangkan udara yang anda sedut seperti makan dengan perlahan dan kunyah lebih,elakkan menguyah gula-gula getah,kurangkan merokok

- jika anda mempunyai gigi tidak teratur jumpalah doktor gigi untuk memperbetulkannya inin juga salah satu caranya.

Petua

Ambil 8 ulas bawang putih dan buang kulitnya. Sapukan pada pergelangan tangan dan kaki serta tapak kaki. Amalkan 2 minggu sekali untuk mengurangkan angin di dalam badan.

@

ciom @ hidu bau epal..pastu makan la epal tersebut

Petua ini bersumberkan daripada kata-kata Saidina Ali Bin Abi Tholib karramallahuwajhah. Saidina Ali berkata ;

Apabila anda hendak makan epal, hidulah baunya dan kemudian barulah makan epal tersebut. Kerana apabila anda melakukan demikian, setiap penyakit dan bahaya akan dihilangkan dari tubuh anda dan segala sesuatu yang disebabkan oleh ANGIN akan lenyap.


**sape2 yang suke kentut tu..mungkin xde masalah ni kan..hihu**

6 borak-borak:

Bai said...

by suka minum jus. amik detox. boleh buat sendiri...tomato + carrot + epal. blend.

encik azuwan said...

halia.

Madi @ Aed said...

bai:mcm sodap..bleh try neh..:)

Madi @ Aed said...

soul:belom cobe gak..air halia cannot go la..mungkin asam halia boleh..huhu

farra8979 said...

ingatkan tgh marah... rupenya2 petua.. ^_^

Madi @ Aed said...

farra:hehe..saje je suspend..^_^