makanan membakar lemak

( 1) Bawang putih/merah - Bawang mengandungi antibakteria dan mineral seperti sulfur yang membantu untuk membakar lemak. Selain daripada itu, makanan ini juga berfungsi untuk melancarkan lagi sistem penghadaman dan juga meningkatkan metabolisme tubuh seseorang. (2) Tomato - Makanan ini mengandungi vitamin A, B6, C dan K yang sangat baik untuk membakar lemak. Selain daripada itu, kandungan kalori yang rendah juga menyebabkan tomata sering menjadi makanan pilihan untuk pengamal diet. (3) Putih telur - Putih telur adalah merupakan makanan yang menjadi sumber protein paling baik. Protein yang ada di dalam putih telur membantu untuk proses membakar lemak. Tetapi cuba elakkan atau kurangkan daripada memakan kuning telur kerana ia mengandungi kandungan kolesterol yang agak tinggi. (4) Lada - Mungkin makanan ini akan menghangatkan lagi kehidupan anda. Tetapi kandungan vitamin A, C, serat, kalsium dan fosforus dapat membantu untuk meningkatkan lagi met...