Pages

Friends

Followers

Sunday, July 24, 2011

kuih berpantang

sepanjang berpantang ni..aku suke sangat mkn kuih ni..

apam bakar

pernah makan x??

ala-ala pancake kan??lagi pon bukan byk jenis kuih pong aku bleh mkn..kalau tak pantang pong aku memang suke kuih ni..tak tau nape..rasa dia bukan la sedap manis lemak ke ape pn tak..cume rasa lada hitam tu yang wat aku suke..i loike~~

sape nak wat ni resepinye..aku tak penah wat pong..google sajo..heh..


Bahan2nya2.
1 paket tepung beras (500gm)
1 senduk tepung gandum
1 1/2 cawan gula
2 mangkuk tapai ubi
1 paket mauripan
1 senduk nasi
1 sudu kecil serbuk lada hitam
1 biji bawang merah
1 hiris halia
1 hiris lengkuas
1 batang umbut serai

** daun pisang dipotong kecil (untuk membakar kuih apam, supaya tidak lekat dikuali)

Cara2 membuatnya :
Tepung beras dan tepung gandum dicampurkan. Campurkan tapai, nasi, gula, serbuk lada hitam, bawang merah, halia, lengkuas dan serai. Blend dengan air secukupnya hingga halus. Kemudian campurkan dengan tepung. Masukkan mauripan dan kacau lagi hingga sebati. Adunan hendaklah pekat sepertimana membuat adunan jemput-jemput. Peram adunan hingga naik dua kali ganda. Kemudian bolehlah dibakar. Hidangkan dengan kelapa parut muda yang dicampur secubit garam sebagai pelengkapknya.

Cara Membakar :
Panaskan kuali kecil. Sapu sedikit minyak. Masukkan satu senduk adunan dan tutup kuali. Apabila sebelah bahagian telah masak, letakkan sekeping daun pisang dipermukaannya dan terbalikkan. Bakar lagi hingga masak. Ulangi proses sampai habis.


sumber:DARI DAPUR ORANG KAMPUNG


0 borak-borak: