Pages

Friends

Followers

Saturday, July 31, 2010

memilih pasangan hidup

Kebahagiaan dan kejayaan hidup berumahtangga adalah bergantung kepada kebijaksanaan seseorang memilih pasangan hidupnya. Pemilihan yang bijak ialah pemilihan yang didasarkan di atas keserasian dan persamaan watak-watak peribadi, persamaan taraf keluarga, persamaan agama, persamaan kecenderungan dan memilih kawan teman, hobi dan hiburan. Perkahwinan-perkahwinan yang berlangsung tanpa mempunyai keserasian-keserasian yang pokok ini seringkali terkandas dan gagal.


Untuk menduga sama ada pemilihan pasangan hidup anda itu sesuai atau tidak, silalah tiap-tiap seorang yang mahu mengikatkan pertunangannya itu menjawab pertanyaan-pertanyaan yang berikut dengan Ya atau Tidak?

(1) Adakah anda berdua mempunyai semangat pergaulan yang sama atau hampir sama?


(2) Adakah anda berdua mempunyai sikap yang sama terhadap nilai-nilai hidup yang luhur, juga sama-sama bersikap lapang fikiran?


(3) Adakah tiap-tiap seorang dari anda berdua ini saling hormat menghormati dan berpuas hati terhadap pekerjaan masing-masing?


(4) Adakah bakal tunang anda itu sudah matang umurnya?


(5) Adakah bakal tunang anda itu terkenal dalam kalangan sahabat temannya sebagai seorang yang amanah, jujur dan tidak selalu menguzurkan diri?


(6) Adakah anda berdua sudah lama berkenalan?


(7) Selama perkenalan anda degannya pernahkah terjadi sesuatu yang mengeruhkan perhubungan anda berdua?


(8) Adakah sidia itu seorang yang tidak meninggalkan solatnya?


(9) Adakah rancangan perkahwinan anda berdua ini dipersetujui oleh keluarga kedua belah pihak?


(10) Adakah bakal tunang anda itu seorang yang patuh kepada kewajipan-kewajipan agamanya?


(11) Adakah bakal tunang anda seorang yang yang bukan kaki muzik dan bukan juga kaki rockers ?


(12) Adakah anda sudah memikirkan semasak-masaknya mengenai pilihan anda tersebut atau lebih didorong oleh nafsu?


(13) Adakah bakal tunang anda itu mempunyai perhubungan yang rukun damai dengan keluarganya?


(14) Adakah bakal tunang anda itu bukan merupakan kaki pokai atau pemboros?


(15) Adakah bakal tunang anda itu seorang yang mudah cemburu dan syak wasangka?


(16) Adakah bakal tunang anda itu seorang yang bertabiat tenang dan damai walaupun anda sendiri seorang yang pemanas dan perungus?


(17) Adakah anda berdua mempunyai pengetahuan dan pengertian yang wajar tentang kehidupan berumahtangga?


(18) Adakah bakal tunang anda itu seorang yang sederhana tabiatnya dan tidak termasuk dalam golongan kaki motor dan kaki perempuan?


(19) Adakah bakal tunang anda itu boleh memberikan didikan agama kepada anak-anak anda nanti?


(20) Dan yang penting sudahkah anda sembahyang sunat istikharah untuk menentukan pilihan anda itu baik untuk anda dan agama anda?


Kalau tiap-tiap seorang dari anda berdua dapat menjawab dengan Ya sebanyak 16 atau lebih dari pertanyaan-pertanyaan di atas, maka itu membuktikan bahawa perkahwinan anda berdua akan berlangsung dalam kebahagiaan dan kejayaan. Kalau anda dapat menjawab Ya kurang dari 15 pertanyaan, maka perkahwinan anda mungkin berjaya, tetapi banyak menghadapi gelombang-gelombang yang pahit. Sebaliknya kalau jawapan-jawapan Ya itu tidak sampai sepuluh, maka perkahwinan anda sukar bertemu kerukunan dan kedamaian


sumber: 1001 rahsia diri

pantang larang bakal pengantin

mari bace sape yang nak kawin..yang dah kawen nak baca boleh..x bace pon x pe..:p


1. Jangan keluar dengan pasangan selama 40 hari sebelum diijabkabul utk mengelakkan tohmahan masyarakat. Selain itu ia bertujuan utk mengawal nafsu. Ia juga utk menimbulkan perasaan rindu dendam. Perasaan yg timbul akan membuatkan wajah pengantin lebih berseri.

2. Jgn tidur dirumah orang takut terkena ilmu. Ia juga utk menjaga nama baik keluarga.

3. Jgn bebas keluar kemana-mana kerana takut disantau oleh mereka yg mempunyai niat tidak baik.

4. Jgn makan nasi dgn gulai berkuah beberapa bulan sebelum naik pelamin bagi mengelakkan perut buncit.

5. Elakkan makan ulam yg berbau busuk seperti petai dan jering.

7. Jgn bercermin terutama selepas maghrib ke atas bagi mengelak diri dari perkara sihir.

8. Jgn membuang air kecil dan air besar serentak di dlm air contohnya dlm sungai, kolah kerana ia boleh melemahkan organ seks.

9. Elakkan minum air bergas kerana ia mempunyai gula dan gas yg tinggi dan boleh menyebabkan kencing manis.

10. Kurangkan makan makanan yg manis kerana jika terkena kencing manis,lelaki tersebut menghadapi masalah berat tika bersama.

11. Elakkan mandi malam kerana tidak elok untuk sendi-sendi.

12. Kawal makan iaitu sekali makan setiap hari (mengikut sesetengah adat)

13. Kaum lelaki elakkan memakai seluar dalam yg ketat pada waktu malam dan tidur meniarap kerana tidak bagus utk organ seks kerana darah tidak mengalir.

14. Elakkan terlalu banyak makan makanan laut ke rana ia mengandungi banyak toksid.

15. Tiga bulan sebelum berkahwin, mula membuat urutan supaya pengantin mempunyai tenaga.

16. Amalkan makan telur ayam kampung seminggu 2 kali yg dicampur madu dan lada hitam yg ditumbuk utk menambah tenaga.

17. Bagi mereka yg banyak angin, minum air halia utk membuang angin.

18. Belajar ilmu rumahtangga drpd org yg berpengalaman dan sudah berkahwin tentang rahsia memikat isteri supaya rumahtangga aman dan damai.

19. Jgn memuaskan nafsu dengan cara sendiri.

20. Cukupkan waktu tidur tujuh hingga lapan sehari.

21. Elakkan minum minuman keras dan merokok.

22. Elakkan terkena cahaya matahari kerana dikhuatiri hitam dan tidak berseri pada hari perkahwinan.

23. Elakkan minum air soya kerana ia sejuk dan tidak elok utk alat
kelamin.

24. Amalkan makan jamu supaya malam pengantin tidak mengecewakan.

25. Banyakkan baca surah-surah bagi mengelakkan gangguan syaitan. Sentiasa mengingati Allah.

26. Jgn makan sebebas-bebasnya kerana ketika ini sistem dalaman tidak stabil.

27. Jgn terlalu terdedah kepada keluarga lelaki (simpan diri).

28. Jgn berembun atau keluar malam bagi mengelakkan unsur jahat.

29. Jgn bercelak atau berlangir serta memotong rambut seminggu sebelum ijabkabul.

30. Jika telah nikah gantung tidak boleh bersama.

31. Selepas nikah mesti ada peneman tidur sebelum bersama. Ia bertujuan utk menghangatkan lagi kemesraan.

32. Bilik lelaki atau wanita jgn dikosongkan. Mesti ada orang atau ahli keluarga terdekat tidur di dalam bagi mengelak dr dikhianati org.

33. Jgn buat kerja yg berat. Bila pengantin membuat kerja berat, dia akan berasa penat dan mudah terjadi nya gangguan emosi.

34. Jaga pertuturan agar tidak menimbulkan rasa sakit hati.

35. Elakkan makan dan minum seperti sayur bersifat sejuk seperti kangkung, bayam, timun, jambu batu dan air kelapa agar muka nampak segar.

36. Jgn cukur kening ditakuti akan menghilangkan seri muka.

37. Sebelum menjadi pengantin, katil kelamin tidak boleh ditiduri oleh pengantin kerana tidak manis.

38. Lempar baju di atas bumbung rumah tanpa diketahui oleh org lain bagi mengelakkan hujan turun ketika majlis berlangsung.

39. Dilarang memandang cermin ketika disolek oleh juruandam kerana dikhuatiri hilang seri.

40. Kedua pengantin dilarng bercakap ketika bersanding kerana kurang manis dipandang tetamu.

41. Jgn makan kepala ayam nanti mengantuk masa bersanding.

42. Dilarang membuang alis kerana perbuatan tersebut akan menghilangkan seri wajah buat pengantin lelaki.

43. Jgn makan bersulam air kerana dikhuatiri menyebabkan perut menjadi buncit.

44. Elakkan keluar rumah tanpa tujuan kerana angan-angan yg tinggi menjelang perkahwinan dikhuatiri bakal pengantin mengalami kemalangan jika berada diluar.

Orang-orang tua Melayu dahulu se lalu mengingatkan anak cucunya supaya tidak melanggar pantang larang. Melanggar pantang larang samalah dengan tidak mendengar nasihat


sumber: 1001 rahsia diri


friends award




award!!

**tiba2 rasa mcm artis dapat award2 ni..miahmiahmiah..**

award ni telah diberi oleh Pn Syima Emi..TQ daling..frens forever ok..hehe..



ok..award ni ade syarat2 nye..

here the rulesssss:

  • Bagi siapa sahaja yang menerima award ni, diharuskan memberikan/tag kepada lima orang lagi .
  • Selepas itu, si penerima award harus meletakkan link-link berikut di blog/artikel masing-masing ( kat entri tau)
Jacowlive
Shiyda
RON7
Syima Emi
Madihah

Sebelum korang letak link-link di atas , padamkan dulu link yang berada di no 1 . kemudian semua link yang tinggal dinaikkan 1 level seperti link no 2 menjadi no 1 , link no 3 menjadi no 2 dan seterusnya . Selepas itu , masukkan link korang di bahagian paling bawah sekali iaitu no 5 . ok ? paham tak . Tapi korang semua kena jujur dan adil ye dalam menjalankannya . Jika setiap penerima award mampu memberikan award ini kepada 5 orang dan kesemua mereka yang ditag meletakkan link dengan betul , maka jumlah backlink yang didapat ialah :-

Posisi 5 : Jumlah Backlink = 5
Posisi 4 : Jumlah Backlink = 25
Posisi 3 : Jumlah Backlink = 125
Posisi 2 : Jumlah Backlink = 625
Posisi 1 : Jumlah Backlink = 3,125

Menurut info dari SEO ( Search Engine Optimation ) ramai blogger telah mendapatkan 1,953 ,125 backlink dan keuntungannya : Blog korang akan mendapatkan trafik tambahan , apalagi jika ada yang meng’klik’ link ke blog korang .

Selain mengeratkan persahabatan antara blogger , award ini boleh membantu untuk menaikkan trafik dan backlink ke blog korang .

Kesimpulannya: Award - Dapat ramai kawan - Backlink - Trafik - Pagerank meningkat.


Tag 5 orang:

Maghfarah
Indah
Tuyun
Wiwi
Anae


arigato daunto keladito

^_^


Thursday, July 29, 2010

kene ketok!

arini aku ngan indah g wat keje kat FSKB, chow kit..masa pergi aku tak perasan plak temperature kete aku tinggi ke tak..

balik dari FSKB..odw..dekat serdang..aku baru tengok temperature kete..dah nak dekat half dah..aku dah rasa cemas dah sket2..

nak masuk je exit kajang..temperature dah lebih setengahhh..aku dah gabra..kang x pasal2 berasap macam asap kilang kete aku ni x ke naye..on da dot benti kat tepi tol kajang..konon nak bagi enjin sejok..

lepas 5 minit**x sabar** aku idopkan enjin..x berganjak deknon temperature tu..still lebih separuh..

tunggu lagi 15 minit..aku siap bukak lagi la bonet enjin tu..tapi temperature dok takat tu jugak..pastu datang la hero tamil aka mekanik @ pomen..

''kenapa kete?''

''temperature high..tengah tunggu enjin ni sejok''

''saya mekanik..saya boleh tengok''

''ooo..tengok lah**muka sedikit cuak**''

''ohhh..ni mungkin sebab kipas x jalan ni..mungkin kipas kene tukar ni''

''kalau tukar kipas bapa harga''

''dalam 90 hengget''

''mak aii..mahal..''

''kalau x nak tukar saya boleh servis la..bagi RM40 saje..''

aku dah blurrr..speechless..pastu dia check..terus servis..skejap je pon..isi air kat tank**salah 1 sbb temperature nek..tank air kete aku kering rupenye**..godek2 kat bahagian kipas..dah..siap..

''RM 10 je la..siket je pon..''

''ishhh..tadi dah janji rm40..ni dah kire murah..mane ade orang cas siket macam saya..''

''yeke..mahal ni..saya student..awak jangan aniaya saya.. ''

''murah laa..kalau tak caye tanya kat workshop''

aku dah tak terkata ape..malas nak layan..takot pon ade..terus hulur RM50..dapat baki RM10..


YE..AKU RASA MEMANG AKU DAH KENE KETOK..HAIHHHH..DUNIA..DUNIA..**nanges!!**
Tuesday, July 27, 2010

mulut laser



korang mulut laser ke tak?sila check diri masing-masing skarang..haaaaa..

aku pong kadang-kadang ade gak laser..tapi dalam gurau-gurau je kot..tapi kalau ade yang aku x prasan mintak mahap la ye..x prasan jah oiii..

aku bukannye x leh 'go' ngan orang mulut laser ni..tapi kalau kate2 dia menusuk sangat ,sape x saket hati kan..sampai satu tahap boleh ketar tangan aku nak marah weiii..raser macam nak cakap "siot menatey ni laser kat aku agak2 la"..haaaaa..jangan kau..aku sabar lagi stakat ni..

hoh..x kire la laki ke pompuan..kalau dah over sangat lasernye..aku tak tahan nyah..memang tak kawan la ngan makhluk macam tu..wat ape simpan orang cenggitu kannn..

kalau aku ni jahat dah lama aku lempang bisu si mulot laser sampai jadi mcm ni..TAU!!


Monday, July 26, 2010

bersenang lenang di hujung minggu

ari sebtu malam ahad..i g umah adik i si Pn Paghah kat bandar kinrara, puchong..saja nak g tengok umah baghu dia..disebabkan x tau jalan, Pn Paghah and sorang lagi adik i si Nobita aka pokwan datang jemput i..ouhh..rasa mcm VIP dijemput sebegitu..tapiiiii..bukan nek kete diorang..i kene drive sendiri nek kete i..follow diorang..sebab nanti kene balik sendiri..cehhh..

malam tu i tido kat umah Pn Paghah..esoknye..pagi2..bukak sliding door..tengok pemandangan..ouhhh..ingatkan pemandangan kolam renang..rupenye pemandangan umah..ok la jugak..*jgn maroh Pn Paghah*..hehe..

di pagi hari yg tenang sebab ramai x bangun lagi mungkin

pastu Pn Paghah ajak g sauna n swimming kat bawah..ok..akak sangat suke aktiviti ini..*aktiviti sauna memang suke..klu swimming rasa sangat cemas..sebab x pandai berenang..sejak kecik sampai sekarang..kalau swim x pernah timbul..asik tenggelammmm je..T_T


makhluk interframe ini menunjukkan rasa suke di pagi hari
*i dh gosok gigi n cuci muke ok*

nobita kat belakang muke macam sutun..nape muke kamu begitu pokwe?:p
adik ipo i x kuar lagi time ni..mungkin di blog pn paghah akan menyiarkan gambo suaminye..hehe..

inikah swimming suit mereka?bantaiiiiiii..:p

nobita nak men badminton dalam swimming pool?
taklah..dia baru lepas men badminton ngan abg iponye..

arghhhh..asyik2 gamba diorang..mane gamba i?

inilah yang dikatakan berenang renang ketepian..:p

yah..atas permintaan u..i dah uplod gamba ni..terimalah..heh..

i memang suke dok tepi..bagai aur dengan tebing..eh?

n last but not least..sauna gaya muslimah..layannnnn..

bile balik umah..semua terbongkang tido kepenatan..pastu bila sedar dari tido..cari makanan..lapo..ish2..TQ Pn Paghah..for ur great lunch..sori yah..i x sempat nak tolong u masak..bangun2 tido u dah siap masak..:p

**Pn Paghah..lupe nak amik gamba nobita berenang macam platipus..:p**

arini..esok

arini

macam sangat free
aktiviti gembire2
x fikir ape2
memang rehat ssungguh hati
macam banyak benda nak cite
ape yang dibuat harini

esok

perasaan semestinye lain berbanding arini
rasa mcm2 keje nak wat esok
x leh nk wat perancangan
penat fikir esok
start wit a stress or juz fun (fun ke?)

again

ari keje biasanya macam ni..T_T

Friday, July 23, 2010

Hijau Bumi Tuhan



lirik

Hijau Bumi Tuhan-XPDC

sekali ku memandang
kehijauan
saujana mata yang memandang
semusim yang benderang
hati riang
nikmatnya tuhan
kita bela lah bersama-sama
harmoninya

semusim ia datang
keindahan
ciptaan tuhan
hijau yang terbentangan
makhluk tuhan yang bermesra-mesra
kita bela lah bersama-sama
kita jagalah harmoninya

korus

damai terperi
kicau menyanyi
burung berkicauan riang terbang
ombak menghempas
pantai menanti
indah biru laut ini pasti
salam diberi insan di bumi
itu nikmat hari-hari ini
tegur dan sapa
senyum ketawa
itu tanda kita riang-riang
abadikan keindahan ini....

Fadhilat Sya'ban

sempena hari jumaat ni..adik kakok..bacalah seketika..

Bulan Syaaban merupakan bulan kedua selepas Rejab yang penuh dengan keberkatan. Sebahagian ahli hikmah menyatakan bahawa sesungguhnya bulan Rejab adalah kesempatan untuk meminta ampun dari segala dosa, pada bulan Syaaban adalah kesempatan untuk memperbaiki diri dari segala macam cela dan pada bulan Ramadhan adalah masa untuk menerangkan hati dan jiwa.

Di antara amalan-amalan yang digalakkan pada bulan Syaaban adalah:

  • Memperbanyakkan puasa sunat Sebagaimana yang telah dijelaskan terdahulu bahawa Rasulullah SAW. lebih gemar untuk berpuasa sunat dalam bulan Syaaban berbanding dengan bulan-bulan yang lain. Justeru itu adalah patut bagi kita selaku umat Baginda mencontohinya dalam memperbanyakkan puasa sunat bagi menyemarak dan mengagungkan bulan Syaaban ini.

    Di dalam kitab Durratun Nasihin ada menyebut sebuah hadis yang menyatakan bahawa Rasulullah SAW. bersabda yang maksudnya: "Barangsiapa berpuasa tiga hari pada permulaan Syaaban dan tiga hari pada pertengahan Syaaban dan tiga hari pada akhir Syaaban, maka Allah Taala mencatat untuknya pahala seperti pahala tujuh puluh nabi dan seperti orang-orang yang beribadat kepada Allah Taala selama tujuh puluh tahun dan apabila dia mati pada tahun itu maka dia seperti orang yang mati syahid."

  • Memperbanyak doa, zikir dan berselawat kepada Rasulullah S.A.W. Sabda Rasulullah S.A.W.: "Barangsiapa yang mengagungkan bulan Syaaban, bertaqwa kepada Allah, taat kepada-Nya serta menahan diri dari perbuatan maksiat, maka Allah Taala mengampuni semua dosanya dan menyelamatkannya di dalam tahun itu dari segala macam bencana dan penyakit." (Dipetik dari kitab Zubdatul Wa'izhin)

  • Bertaubat Diriwayatkan dari Umamah Al Bahili Radiallahuanhu, dia berkata: Rasulullah S.A.W. bersabda yang maksudnya: "Manakala masuk bulan Syaaban, sukacitalah dirimu dan perbaiki niatmu."
sumber

al-fatihah




sorang BFF aku..Anna Fuziana (tey na) kehilangan ayah tercinta..
ayahnye baru pulang ke rahmatullah hari ini

Al-Fatihah

tom yam BC

aku suke makan tomyam kat black canyon..rasa tomyam dia kow2 punya..memang slurppppy yummyyy..setiap kali makan kt BC memang pueh hati..smalam baca blog Pn. Paghah..dah la puasa..ditempeknye gamba2 makanan yang boleh membawa angin ke dalam perottt!!lagi2 tom yam!!feberet makcik deknonn!!memang nyesal baca blog dia smalam..:p sbb lepas tu aku rasa lapar..rasa nak makan tomyam sangat2!!!!

terosss aku mencadangkan kepada indah utk join makan bukak pose kat BC..Indah apalaga..beres ajoooo..TQ beb!!kamulah BFF di mana saja berada..ewah..

mate dah menumpu ke oren juice

tada!!**bila minum rasa sejuk sampai ke jantung**^_^

mek indah..siyes muke mu nampak runcing time neh..**bukan bodek ok**^_^

hot jasmine tea..fusili chicken tomyam..mek indah punyeww..

aku punye..fusili prawn tomyam..**Pn Paghah..u rasa terliur x?:p**

tangan parkinson..memang ternyata lapar

popia kepala pocong ni memang sedap puan2..sila la coba..

as usual..licennnnnnn

muke pueh hati..bulatnye muke?**mungkin ilusi optik..:p**



1 hari untuk pergi!!!**alih bahasa**


Thursday, July 22, 2010

main2 sekejap

mari mengarut sekejap..tadi saje2 jawab kuiz kat fb..

Madihah Che Manshor en berg!bace ni!!:P

"Someone special will give you a car for your next birthday."
about a minute ago via phrases 4 fun · ·



haha..mesti en berg berdebar tahun depan..:p

**jangan percaye ye..tahyul**
Wednesday, July 21, 2010

mari semangat mari



semangat kurang
otak serabut
diri serabai

sila bersemangat!!!


arini bbuke ape?

kepada yang sedang berhempas pulas lagi berpuasa ganti..anda buke ape harini?

akak buke ala kadar je..ape yang orang sedekah je akak makan..x caye?memang x payah percaya pon..x pakse..

pelam..housemate i nama Dayang sedekah..TQ Dyg..**byk pahala dia**

jajan MI-MI..K Za sedekah..TQ K Za..**banyak pahala dia**

white coffee..kedai sedekah..sedekah la sangat..ni x payah caye..

biskut tawar@biskut lemak@cream cracker HUP SENG
**HUP SENG x sedekah pon xpe lah**

ooo..lupe..air masak 2 liter..**boleh dipanggil menu diet x klu cenggini??**


pastu





sambil makan mengadap gamba ni?
**gamba masa wat degree**



OH NO
i memang mek jiwang
tapi xde la sampai bukak pose pong mengadap gamba gewe

terjeling siket je

:p


tudung untuk nikah?sanding?



kawen..kawen..

semakin dekat tarikhnye..akak makin pening deknon..banyak benda nak kene settle..
tudung pon x tau nak pakai gaya cemane..
mungkin yang sesimple mungkin..
sesuwei dengan ongkos yang ade..heheh..

tadi try tgk kat belog Pn vispera

ade 2 yg berkenan..tapi..berkenan je la
x beli..
^_^



dah beli dah tudung sebenarnye
saja gedik mencari
inspirasi cara pakai mungkin..:p

ouuhhh..yang pasti..bukan up-to-date B2B..
huah huah hah


Monday, July 19, 2010

pintu bonet bongets



tengahari tadi g amik hidangan soto kat katering ape ntah nama dia aku lupe kat Hentian Kajang..ade makan2 kat lab..ramai kempunan nak makan soto katering tuh..

TUKANG AMIK: aku n k lino
KENDERAAN: Merce Type A Hijau aku..heheh

sampai kat kedai katering tu..aku ngan k lino mcm pekerja kat situ dah..mangkuk..sudu..gerpu..amik sendiri..**maklum la..k lino pernah keje kat situ..owner dia pon selambe je la membiarkan aku and k lino wat ape yg kitorang suke..heheh lagi skali**


punye la banyak perkakas soto ni..sampai penuh dalam kete..dalam bonet kete x muat seyyy..kene letak kat tempat duduk blakang..pastu..


hempas!!hempas!!**bunyi aku tutup pintu bonet**

pintu bonet still tak tertutup rapat..aku usaha lagi..

hempas!!hempas!!**bunyi aku tutup pintu bonet**


"alaaaaaa..k lino..nape bonet merce i ni..bongeknye..pintu dia x nak rapat la.."

"yeke..meh aku tengok.............laaaa..acu mu tengok spring kat pintu bonet ni..dah patah la mek"

"alaaaaa..yeke..x kan la i nak bawak merce i berkeadaan begini..nanti x pasal2 pintu bonet ni terbukak time i drive..maunye terbang soto2 ni..huhu"

"x pe la..mu bawak la slow-slow..hehe.."

"eee..macam x beh je..jom k lino..kite g cari mekanik jap..x sanggup i bawak kete bonet terbang-terbang nanti.."

"haha..jom jom"


melayang la jugak 45 hengget ganti spring pintu bonet tu..beginilah nasib kalau bela kete pangkat rock kapak..hihu..


Merce Type A Hijau Kesayangan..Merce la sgt..:p

Sunday, July 18, 2010

nak gelak ke?




eh..belom ape2 dah gelak?gelak sebab x lawak eh?:p


Lubang ape yang rasanye hangat, nikmat dan nyaman?
Answer: LUBANGun pagi2, tarik selimut pastu lu tido balik….

Binatang ape yang power dlm bab berKarate?
Answer: Kuda belang….cube kira brape black belt dia ade.

Pintu ape yang walaupun dengan 10 org pun tak leh nak tolak?
Answer: Pintu yang ade tulis ‘TARIK’

Saya ade 3 kepala,4 tangan dan 5 kaki…siapakah saya?
Answer: Pembohong…

Binatang ape yang seluruh anggota tubuhnya kat kepala?
Answer: Kutu rambut

Ape beza sekretari baik ngan sekretari kurang baik?
Answer:Sekretari baik………………’Selamat pagi Boss’
Sekretari kurang baik………..’Dah pagi ni Boss’

Ape persamaan Michael Jordan ngan Michael Jackson?
Answer: Dua-dua tak kenal korang…heheheh

Tukang ape yang kalau dipanggil, die menjenguk ke atas?
Answer: Tukang gali kubur

Gajah terbang dengan ape?
Answer: Dengan susah payah……

sumber

**ini le keje org x tdo..T_T**
Saturday, July 17, 2010

sauna





aku suke aktiviti ni..x tau kenapa..sebulan sekali aku pegi la bersauna kat fitness centre..sebulan skali?hehe..iyelah noks..nak g tiap2 hari@minggu idok le boleh..botak kepala akak..sedar diri ini masih status pelajar..T_T


kt fitness centre bilik dia berkayu lebih kurang mcm ni


Sila perhatikan manafaat bermandi wap ( bersauna) dan bandingkan dengan kegiatan aktiviti bersukan yang lain

1. Bersauna selama 15 minit mampu membakar 400-600 kalori.
2. Aerobics selama 30 minit membakar 400 kalori
3. Berbasikal selama 30 minit membakar 250 – 500 kalori.
4. Jogging selama 30 minit membakar 300 kalori
5. Berenang selama 30 minit membakar 400 kalori

6. Futsal?**tiada maklumat..sila google sendiri..:p**

haaahh..itu lah sebab i suke bersauna..^_^


KHASIAT DAN KELEBIHAN MANDI WAP

..Pembersihan terperinci kulit menjadikan kulit lebih menawan, segar, halus dan licin..

..Mengurangkan berat badan dengan pembakaran lemak dari luar..

..Mengeluarkan toksid dalam badan seperti aluminum, cadmium, lead dan mercury..

..Mengurangkan kesakitan anggota badan, sakit urat, sendi, sengal sengal tulang dll..

..Meningkatkan sistem kardiovascular ..

..Menghilangkan tekanan dan perehatan otot..

..Melancarkan peredaran darah..

..Meningkatkan sistem immunisasi badan..

..Mengurangkan prostrate bengkak pada lelaki..

..Meningkatkan tahap metabolisma..

wohhh..kalau ade kat umh yg cenggini sgt bagussss uolss..

ohhhh..tiap2 hari la i bersauna kalau macam niiii..:p

tapi kalau dah x mampu sangat yang ni pon boleh..kannn..
**bile la aku nak makan gaji niii..T_T**

besday Pn Paghah

ooo..lmbt plok post entry neh..

kepada puan paghah..

lets refreshing our eyes with this memorandum pic
**last pic u before u hilang d*r*..haha..upsss..lebih sopan..b4 u kawin..:p**

heheh


HAPPY BIRTHDAY!!!
16 JULAI 2010



hope u enjoy ur life
ur life lagi advance dari i
keep it up bebeh
do what u want to do
for ur happiness life
for ur happiness family life
not others happiness life
i know u will do the best
even along x byk membantu
but
always
i'm behind u

love
ALONG

Friday, July 16, 2010

gadis semasa



Lirik lagu Gadis Semasa - Yuna

Oh begini rasanya cinta
berani aku lagu kan kuasanya
dan aku begitu
naif utk dirimu kerna usia
oh sekarang bukannya masa
utk kau ungkit lagi salah siapa
dan engkau terlalu ego utk diriku
kau memang begitu
bukalah mata oh
yg selama ini kau pejamkan
dan lihatlah diriku
buanglah buanglah, buanglah curiga
yang telah lama kau simpan
yg mungkin memudaratkan mu
aku mmg begitu
tetap seperti dahulu
terlalu jujur utk duniamu
kau mahukan gadis biasa
yg bisa memberikan kau segalanya
dan aku begitu
muda utk dirimu
kau memang begitu
kau mahu perubahan dunia
tetapi pada aku
kau sama saja
dan engkau begitu
ego utk diriku
kau mmg begitu
bukalah mata oh
yg selama ini kau pejamkan
dan lihatlah diriku
buanglah buanglah, buanglah curiga
yang telah lama kau simpan
yg mungkin memudaratkan mu
aku memang begitu
tetap seperti dahulu
terlalu jujur utk dunia mu
bukalah mata oh
yg selama ini kau pejamkan
dan lihatlah diriku
buanglah buanglah, buanglah curiga
yang telah lama kau simpan
yg mungkin memudaratkan mu
aku memang begitu
tetap spt dahulu
terlalu menyayangi dirimu
oh…
aku memang begitu
tetap spt dahulu
terlalu jujur utk diri
terlalu jujur utk diri
terlalu jujur utk dirimu…
oh oh

ghinduuu


rindu budak ni..

cahir

cahir

cahir kene buli..


RINDU CAHIR

paling ok dari x ok




assalamualaikum semua
(sempena jumaat)


ape kabar..baik2 saja ye..(ihik ihik..**gelak tutup mulut..sopan..:)**)

tengahari tadi pegi lunch..lepas lunch akak and kak indah kito g amek gambo @ tangkap gamba @ wat gambar passport..ade urusan penting yang memerlukan gamba passport..

sebenarnye..akak x suke wat gamba passport..sebab boleh senyum je..xleh sengih..akak memang x pandai sangat nak senyum..kalau senyum mesti gamba mcm makcik jual sayur..eh?

jadi..semua gamba2 passport akak mcm mokcik jual sayur..eh2..kutuk diri sendiri..

akak x tau pong tempat yang macam ok..jd g serang je la mane2..


HASILNYE



boolatnye mek ni..boooooooolatnye..booooooo..:p


tapi even nampak boolat gontel gontel
tapi ok la dari gamba2 before ni
rasanya paling ok lah sepanjang umo 25 ni

**mesti ade orang cakap.."yang ni paling ok?OMG!!mesti before ni lagi burok"**

ok..saya tahu saya tidak sejelita anda..

TAPI

suke hati akak la!!
muka akak!!
hihi
(sila sopan..hari jumaat)


kepada en berg yang suke gelak2 bile tengok gamba passport i..sila control gelak anda untuk kali ni..hahah..

kepada Pn Paghah yang tengah pregnant..kalau nak anak u bulat tgk la gamba passport i ni lama2..xpe baby muke bulat..comel ape..

keh..keh..

^_^

wassalamu

Wednesday, July 14, 2010

x sedar diri

oiiiiii

sedar2 sket

orang len dah keje jadi bos bagai

dah kawin beranak pinak

mu tuh dok takat jadi pelajar je lagi

dok wat lab x siap2 tuh

cepat2 wat keje!!

wat keje!!!

Di Sebalik Rahsia Cinta - Metropolitan

lagu nostalgia 80/90an



Tajuk/Lirik Lagu: Di Sebalik Rahsia Cinta
Artis/Penyanyi: Metropolitan

Pertemuan ini bagaikan terbuka
Satu rahsia didalam rahsia
Ketika kita sama dikota cinta
Kenikmatan pengabdian yang suci

Dan di waktu itu kau dan aku satu
Berlindung di dalam kebesaran
Tiada kenal erti perpisahan
Penuh restumu oh Tuhan…

Dan kini kita terbuang di awangan
Terpisahlah dari kenyataan
Lalu ada yang terlupa pada perjanjian
Kerna leka dengan kepalsuan

Tersesat kita dalam perjalanan

Kau dan aku kini bertemu kembali
Menunaikan perjanjian sejati
Dalam suka duka jauh terpisah
Terbukalah rahsia cinta

Kau dan aku kini bertemu kembali
Menunaikan perjanjian sejati
Dalam suka duka jauh terpisah
Terbukalah rahsia cinta

teringat

memori lame2 tibe2 berpusing semula dalam otak..







''semuanya hanya mampu teringat''