cara makan untuk pesakit gastrik




Elakkan dari mengambil susu rendah lemak atau susu high low. Orang
barat menakutkan kita semua dari minum susu biasa (fullcream).
Sebenarnya mereka ini membuat fitnah. Insya Allah susu lembu biasa
(atau susu tepungnya) mengandungi khasiat rawatan penyakit gastrik.
Bila anda menggunakan susu rendah lemak, HL atau Anlene, khasiat
ini telah hilang.

Bila keadaan gastrik masih kerap, elakkan dari makan roti kerana ia
mengandungi yeast. Gantikan dengan biskut  cream cracker adalah
lebih baik.

Roti naan dan piza ada mengandungi yeast juga, elakkan.

Perbanyakkan makan nasi lebih baik bagi makan tengahari dan malam.

Selain dari mengamalkan nasihat yang saya berikan di internet, saya
mencadangkan :

1. pagi minum susu (boleh campur horlick) dengan biskut cream
cracker atau kuih (tidak mengandungi pulut atau ubi atau keledek
atau kentang)
2. 10.30 minum susu dengan kuih atau biskut
3. tengahari  makan nasi dan elakkan sayuran yang berangin seperti
sayur nangka, pisang dsb. Jangan minum air batu selepas makan atau
air manis. Berubah kepada air suam selepas makan tengahari.

4. pukul 4 ptg minum susu dengan biskut atau kuih. Elakkan kuih
yang ada yeast seperti donat, kuih dari pulut dan yang pedas. Juga
elakkan makanan dari ubi, keledek, keladi dan kentang.
5. Makan malam dengan nasi (bukan roti) disudahi air suam.
6. Sebelum tidur minum susu lagi.
7. Elakkan teh, nescafe, sunquick, orange squash, milo, air limau
8. Elakkan makanan mengandungi cuka.
9. Kalau boleh cari jus mengkudu pun baik juga dan lebih baik buat
sendiri (optional)
10. Elakkan ubat doktor dan habbatusauda jenis minyak serta milk of magnesia

InsyaAllah kalau diamalkan angin berkurang dan selepas 2 bulan
gastrik dah lega.



p/s:nak try lah..takkan la hari2 aku nak kena makan ubat..huhu


Comments

Irma said…
Salam..nak tny, skrg ni lepas amalkan pemakanan kat atas tu gastrik dah ok ke? Saya pun ada gastrik teruk, sbb tu mencari2 cara pemakanan yg elok..
Nuries Ismail said…
sy pon gastrik teruk... :(
Anonymous said…
Bukan fitnah la tu... cuma stiap air n mkanan ada fungsinya masing2.. btw thanks 4 th info
Anonymous said…
kenapa perlu elakkan habbatussauda jenis minyak tu ye...
Mama tabah said…
Saya tgh gastrik ni..dah masuk 2 hari..tak ilang2 lagi..asyik sendawa n buang angin..tq utk pmakanan utk pesakit gstrik..baru ptg tadi beli susu penuh krim..:)hrp2 ok bila bgn sok..
iza said…
Minum susu untuk penyakit gastrik boleh ye? Bila saya tanya org cakap tak boleh minum susu pasal angin... tapi stgh org cakap minum susu elok.. mana 1 nak ikut nie...
iza said…
O ye... saya nak tanya holick angin tak? Mohon mencerahan... saya da buntu tak tahu nak minum apa untuk tenaga... selain air suam..
pasal saya da mula ikut cara pemakanan yang sehat... ker.. tak pe kalau minum air suam je tak yah ambik air manis2 nie...
iza said…
O ye... saya nak tanya holick angin tak? Mohon mencerahan... saya da buntu tak tahu nak minum apa untuk tenaga... selain air suam..
pasal saya da mula ikut cara pemakanan yang sehat... ker.. tak pe kalau minum air suam je tak yah ambik air manis2 nie...
Anonymous said…
Baru lik klinik..gastrik..isk2..rugi puasa sehari..ampunkan aku Ya Allah..

cuma nak kongsi apa doktor yu pesan tadi..jgn makan pedas n minyak wpun skit utk beberapa hari ni..

elakkan kaffein..milo..teh..susu biasa boleh minum yg xboleh minum ialah susu HL dan susu rendah lemak..

anlene leh minum x doktor? Anlene pun xboleh..

Cuba jaga pemakanan dalam 2-3 hari ni ye.
(Saya dtg jumpa doktor td dlm keadaan xleh bdiri tegak sbb rasa sakit sgt kat ulu hati tu)

Tentang horlicks tu, dulu kena stress..so angin satu badan la smpai rasa tegang dr leher n bahu..doktor xbagi minum kaffein n teh..doktor cakap minum horlick je..
Fiq said…

salam, saya cuma nak kongsi. Jangan ambil remeh tentang gastrik, kawan saya kini berada dihospital hidap kanser perut tahap dua. Dulu kira-kira 7 tahun lepas dia pernah mengadu gastrik, dia sibuk bekerja dan tidak pernah mempedulikan masa makan. Sedar-sedar kalau terlalu lapar sampai nak pitam barulah nak makan. Baru dalam tahun lepas dia mengadu sakit perut teruk sampai tak boleh nak buat kerja. Perut memulas dan ada kalanya dia mengadu najisnya berwarna hitam dan berdarah. Pernah di dianogsis ke hospital pakar dan doct kata ulser perut, hanya Tuhan saja yang tahu betapa azabnya dia tahan sakit perutnya yang tak henti-henti. Kini keadaanya tak seperti dulu, makin kurus dan tak bermaya. Rambut dah gugur kerana rawatan kimo. Saya harap ramai yang diluar sana itu, kalau ada gastrik, cepat-cepatlah dapatkan rawatan awal sebelum parah
Anonymous said…
minumlah susu full krim.. Insyaalah baik la.. tapi jangan la makan makanan yg berangin dulu.. sekarang saya bila gastrik xambil ubat dah.. minum susu full krim ja.. kalau teruk sgt baru makan ubat
Unknown said…
Assalammualaikum hai,,sy sekarang tengah gastrik,sy dah buntu tidak tahu nak buat apa lagi sampaikan kepala sy jadi pening2 bagaikan nak pitam/pengsan,adakah ubat2 mujarab atau sebaliknya.bantu sy

Popular posts from this blog

color contact lense

bila ntah.. ;(