Pages

Friends

Followers

Saturday, March 5, 2011

Kenapa saya terlalu moody?


Perasaan yang sentiasa berubah-ubah ketika hamil adalah perkara biasa. Semua ini disebabkan oleh perubahan hormon yang akan memberikan kesan terhadap tahap neurotransmitters (mesej kimia ke otak) anda. Walau bagaimanapun, setiap individu memberikan tindak balas berbeza terhadap perubahan ini. Ada sesetengah ibu hamil sentiasa diselimuti rasa bimbang, ada juga yang murung. Tidak kurang juga yang lebih bertenaga dan sentiasa ceria.

Ramai berpendapat masalah moody ini akan meningkat ketika kandungan berusia di antara 6 hingga 10 minggu, makin berkurangan setelah memasuki trimester kedua dan muncul kembali pada saat-saat akhir kehamilan.

Diakui kehamilan boleh menyebabkan seseorang itu rasa sungguh tertekan tetapi ada juga yang rasa sungguh teruja dengan keadaan tersebut. Semua ini berbeza antara individu dengan individu yang lain. Ada bakal ibu rasa gembira dengan gelaran ibu yang bakal diterima tidak lama lagi. Namun, ada juga yang risau tidak dapat menjalankan tanggungjawab yang sepatutnya sebagai seorang ibu. Selain itu, antara persoalan lain yang sering bermain-main di minda bakal-bakal ibu ialah tentang anak dalam kandungan itu sendiri. Adakah dia sihat? Adakah sempurna? Sempat kah dia melihat dunia? Dan macam-macam lagi persoalan yang timbul.

Perubahan emosi ini juga boleh disebabkan oleh gejala-gejala yang dialami semasa hamil. Antaranya ialah seperti pedih hulu hati, kekerapan membuang air kecil dan rasa bimbang.

Cara menanganinya

  1. Semua ini normal.

Cuba beritahu diri sendiri bahawa perasaan seperti itu adalah normal ketika hamil. Jadi, carilah jalan untuk tenangkan diri sendiri.

  1. Bawa bertenang.

Jangan terlalu fikirkan tentang apa yang anda sedang rasa. Sebaliknya, penuhkan hari anda dengan aktiviti-aktiviti berfaedah seperti mengait, membaca tentang keibubapaan dan bersenam.

  1. Belai pasangan.

Kehamilan ada kalanya menjarakkan hubungan antara suami dengan isteri. Agar hal ini tidak berterusan, gunakanlah masa terluang untuk bersama suami. Biar dia tahu yang anda masih sayangkannya dan cintainya.

  1. Buatlah sesuatu yang menyeronokkan.

Jika anda seorang yang suka berhias, teruskanlah. Jangan jadikan kehamilan penghalang untuk anda terus bergaya. Terus lakukan apa yang anda suka walaupun hamil asalkan tidak menjejaskan anda dan bayi dalam kandungan.

  1. Luahkan yang terpendam.

Jangan biarkan emosi mempengaruhi diri anda. Luahkan apa yang anda rasa kepada pasangan agar rasa lega. Biar dia tahu apa yang terbuku di dada. Mungkin dia ada jalan penyelesaian.

  1. Tangani stres sebaiknya
Belajarlah cara untuk menangani stres. Ilmu ini sangat berguna bukan sahaja ketika hamil tetapi juga dalam keadaan biasa.

sumber: PA&MA

0 borak-borak: