Rejab







Amalan terbaik di dalam bulan Rejab ini ialah berpuasa. Maksud hadis Rasulullah S.A.W. tentang kelebihan berpuasa di dalam bulan Rejab adalah seperti berikut:


Puasa 1 hari - Seperti berpuasa 40 tahun dan mendapat keredhaan Allah serta syurga tertinggi.

Puasa 2 hari - mendapat kemuliaan besar daripada Allah dan dilipatgandakan pahalanya.

Puasa 3 hari - dijauhkan dugaan dunia oleh Allah, dijadikan sebuah parit panjang yang menghalangnya ke neraka,

Puasa 4 hari - diselamatkan daripada siksaan akhirat kelak serta fitnah Dajjal.

Puasa 5 hari - aman dari azab kubur.

Puasa 6 hari - dibangkitkan dari kubur dengan muka bercahaya.

Puasa 7 hari - Allah mengunci 7 pintu neraka jahannam baginya.

Puasa 8 hari - Allah membuka 8 pintu syurga baginya.

Puasa 9 hari - keluar dari kuburnya lalu menyeru "Laailahaillallah" dan tidak ditolak dia dari memasuki syurga.

Puasa 10 hari - Allah memperkenankan semua permintaan dan hajatnya, dijadikan hamparan perhentian di titian Siratul Mustaqim setiap satu batu dan dijadikan 2 sayap untuk terbang seperti kilat di titian Siratul Mustaqim.

Puasa 13 hari - Saidina Ali berkata bahawa fadilatnya seperti puasa 3,000 tahun.

Puasa 14 hari - Saidina Ali berkata bahawa fadilatnya seperti puasa 10,000 tahun.

Puasa 15 hari - Allah mengampunkan semua dosanya yang lalu di samping menggantikan amalan kejahatan dengan amalan kebaikan. Saidina Ali berkata bahawa fadilatnya seperti puasa 100,000 tahun.

Puasa 16 hari - dapat melihat wajah Allah di dalam syurga dan orang pertama menziarahi Allah di dalam syurga.

Puasa 19 hari - Dibina sebuah mahligai di hadapan mahligai Nabi Allah Ibrahim dan Nabi Allah Adam.

Puasa 20 hari - Allah mengampunkan segala dosanya yang lalu, dan melakukan amalan baik dengan baki umurnya.





p/s:aku baru stat balik pose arini..25 days to go!**mengah**

Comments

puan jari said…
cayok2...wani pon pose jugek ari neh
madihahmanshor said…
cayok2 wani!selamat berbuka in advance..hehe
Nuwairani said…
tahun ni la aku terlebih rajin nak pose. pose ganti 10 hari dah setel. sekarang pose sunat jela. yang sebenarnya boleh jimat2 duit, boleh kurangkan berat badan, bdan pon sihat (takde masalah kurang gula ke, kurang garam ke, darah rendah ke). paling penting dapat pahala lagi. insyaallah ada 2 bulan lagi nak ramadhan..sempat juga 25 hari tu.
madihahmanshor said…
nani:tu la..i'Allah..hehe

Popular posts from this blog

cara makan untuk pesakit gastrik

buah ni pun nak kene elak?

borong coklat di Beryl's