4 Julai
tarikh sejarah untuk aku..kenangan dalam cerita hidup aku..dah setahun rupanya aku pegang title ni..rasa macam baru semalam aku keluar dari court..rasa macam baru semalam aku mendengar lafaz cerai..rasa macam baru semalam aku menangis mengenang anak tidak berayah..cepatnya masa berlalu tidak menunggu apa-apa..tidak menunggu siapa-siapa..berlalu sehingga lah hari ini aku baru teringat tarikh sejarah itu..
Alhamdulillah..setelah setahun berlalu..aku dah boleh terima..rasa bahagia sejak single berbanding dulu..bebas dari sakit hati yang amat sangat..bebas dari penipuan dan ketidakjujuran..bebas dari perasaan sedih menunggu orang yang tak pulang2 ke rumah..bebas nak memasak ke tidak..bebas dari masalah yang bertimpa-timpa..bebas..bebas..bebas!!
Tiada lagi kisah cinta..tiada lagi kisah bahagia rumahtangga..Perasaan untuk bercinta lagi belum ada..hanya memberi kasih sayang untuk rayyan..adik-beradik..mak abah..kawan-kawan..walaupun dah setahun..pahit masih terasa..luka dah sembuh tapi trauma..meremang bulu roma aku kalau terdengar masalah rumahtangga orang..cukuplah dulu untuk masa sekarang..tak terfikir lagi untuk aku mencari pengganti..biarlah berlalu mengikut arus..
Syukur Ya Allah..semoga kami sentiasa di bawah lindungan-Mu..Berilah kami kebahagiaan di dunia dan akhirat..Aminn..
Dalam hidup tak seindah yang tersirat
Dalam cinta tak seasyik yang diduga
Dalam hati ada cinta yang terbiar
Entah bertahun ku siram kasih
bersarang dalam jiwa
Dikau hadir bagai selembut sutera
Terpesona dalam diam ku terlena
Membuai impian cinta kita
Sehingga ku tenggelam
Dalam arus yang menyeksakan
Kasih tidak pernah ku meminta
Selain cinta dan kejujuran hatimu
Cinta dalam meniti usia
Punah semua saat yang bahagia
Di mana kelembutan yang ada dulu kasih
Merana dalam senyuman ku meratap sedih
Selendang sutera yang menjadi saksinya
Kisah cinta yang tertulis kini telah berakhir
Comments