petanda kasih suami mula hilang



huwah..tajuk ini sangat menakutkan saya wpon belum kawin..sgt alert pasal benda2 ni sekarang sebagai pedoman utk saya yang boleh dikatakan 'bakal' pd thn ni..:p


meh2 pakat baca adik kakak abg2..baca semua tau..jgn skip pn..:)

SUMBER: MINGGUAN WANITA (SIRI WANITA ANGGUN)

"BERSYUKURLAH KEPADA ALLAH S.W.T KERANA TELAH MELIMPAHKAN RAHMAT-NYA DI HATI SUAMI LALU KERANA RAHMAT ITU SUAMI PUN MENYAYANGI ANDA."

Jika SUAMI menunjukkan TANDA-TANDA TIDAK SAYANG kepada anda, itu disebabkan telah TERCABUTNYA RAHMAT ALLAH dari rumah anda.seharusnya SUAMI ISTERI bermuhasabah mengapa boleh TERHAKIS RASA SAYANG itu?

ada saja masalah yang muncul ke permukaan apatah lagi yang mendap di dasar hati menjadi dendam.apakah PUNCAnya KEMARAHAN, BENCI & BOSAN yang makin menjadi-jadi?

TANDA-TANDA SUAMI TAK SAYANG boleh dirasai apabila

-tiada lagi keamanan dalam rumah
-sentiasa mahu berperang mencari salah dan silap
-tidak puas hati dengan sikap dan layanan anda, boleh jadi suami mendiamkan diri seolah-olah anda tidak wujud bersamanya
-KEMUNCAKNYA,bila suami mula seronok dengan pergaulan di luar rumah, mencari kebebasan sesuka hati dan lupa tanggungjawabnya sebagai ketua rumahtangga.

tak habis lagi..baca yang bawah ni..

setiap PERKAHWINAN mesti DI UJI, x kira siapa yang menjadi SUAMI atau ISTERI. Ramai yang risau apabila SUAMI TAK SAYANG lagi tapi berapa ramai yang risau apabila ALLAH TAALA TAK SAYANG disebabkan KELALAIAN dan MAKSIAT yang dilakukan?

DOSA menyebabkan HATI manusia kotor, HATI pula menyuruh ANGGOTA BADAN melakukan apa yang dimahukannya.Semua berpunca dari HATI, jika SUCI HATI nya maka baiklah seluruh anggotanya dan sebaliknya. Maknanya semua masalah di dunia ini berpunca dari dosa kepada ALLAH dan dosa kepada makhluk.

contohnya apabila seorang ISTERI meninggalkan sembahyang, HATI nya lalai dan tenggelam dalam kesibukan dunia. Dia mencari kepuasan dunia dengan kerja lebih masa, berhibur dan menghabiskan duit berlebihan.

HATI ISTERI tidak tenang kerana tidak puas mengikut hawa nafsunya. Hubungan dengan SUAMI diabaikan kerana hatinya terlalu fokus kepada kerja, duit dan bergaya. anak2 terabai, suami tidak selesa dan rumah pun tidak terurus kerana ISTERI lupa tanggungjawabnya. Semua bermula dari HATI yang KOTOR oleh DOSA.

Begitu pula SUAMI yang tidak suka mendekati ALLAH SWT, IMAN nya lemah, tidak peduli HALAL dan HARAM asalkan nikmat, tidak takut TUHAN MAHA MELIHAT. HIDUP takkan tenang selagi belum BERTAUBAT.

OLEH:DR HJ JUANDA B HJ JAYA(PERUNDING UNDANG2 KELUARGA ISLAM

nampaknya lebih kepada salah isteri..mungkin sebab yang tulis ni ustaz..hee..tapi betul jugak..sebab contoh dia bagi tu kalau isteri lalai..rasa lagi sesuai kalau tajuk dia petanda kasih suami mula hilang kerana isteri lalai..kan2..

pandai2 pulek..huhu


Comments

Popular posts from this blog

cara makan untuk pesakit gastrik

color contact lense

bila ntah.. ;(