Pages

Friends

Followers

Tuesday, January 31, 2012

bagaimana tangani anak susah berak?

ramai gak kan yang anak2 ada masalah ni..puas bagi makanan yang mudah hadam..bagi air masak banyak2..tapi tak berak jugak..anak aku pon sama..sekarang alhamdulillah..paling lama tak berak pon 2 hari je..biasa memang berak tiap2 hari dah sekarang..

ce teka saya tengah wat ape muka camni?haha

ini petua mak sedara aku bagi..letakkan minyak baby oil(johnson2 dll) kat bahagian lubang bontot anak..setiap kali lepas mandi anak..letak la tanpa rasa jemu @ putus asa..tawakkal..i'Allah..


p/s:kalau tak jadi jugak..jangan la marah i..;p
Friday, January 27, 2012

makanan rayyan 6-7 bulan

first meal yang aku bagi kat rayyan is PEAR puree..tapi dia macam tak suke sangat..gamba aku tak snap plak..maybe sebab pear tu pon tak manis sangat..so dia reject..aku bagi lagi dua tiga kali tapi dia still tak nak..bosan la nak menyuap kalau dia tak nak..

pastu aku terus tukar bagi dia PUMPKIN puree..

rayyan sangat sukeeeee..maknye lagi la suke nak menyuap..kalenye pon menarik..rasanye pon sedap and manis semulajadi..sambil suap anak..maknye pon join sekali..;p

and then aku bagi AVOCADO..tu pon sebab adik aku bagi..haha..sedapppp..lemak2 gtu..ada rasa macam manis2 isi kelapa gtu..kebetulan yang adik aku bagi ni memang sedap n fresh..adik aku cakap kadang2 dia beli avocado ni tawar plak rasa dia..depends pada nasib..bleh gtu??haha..


pastu..EPAL and SWEET POTATO puree..dua2 aku tak amik gamba..rayyan makan jugak..tapi tak bersungguh2 macam makan puri labu..kebetulan sweet potato yang aku beli tak manis sangat..jadi..aku blend skali ngan epal..sedappp jugak..

sekali sekali puri2 tu aku masak ngan oat..rolled oat..yg kasar2 tu..tu popn adik aku suggest..dia dh mcm pakar pemakanan baby dah..sangat rajin membaca pasal makanan2 baby ni..aku malassss..heheh..

baru-baru ni aku bagi BANANA puree..


rayyan makan jugak..senang je nk prepare..lenyek2..tak payah stim..


burppppp..alhamdulillah..hehe

cari persamaan dan perbedaan


kehkeh
Thursday, January 26, 2012

masak campak

aku ni bleh masak yang simple2 je..yang jenis masak campak2 memang aku suke..kalau tengah stress lagi best nak campak2..main campak2+hempas2 je..tapi walaupon campak2, rasa dan aroma tetap dijaga..eceh..mcm menu kat bawah ni..

chicken liver msk kunyit berlada

hari tu chicken gizzard..ni chicken liver plak..menu raya cina yang dah lepas..hua2..kacang buncis ngan terung wajib ade..


p/s: mood sekarang melintang-pukang..rindu nk balik hometown..hati pilu..

layan jiwe

“Setiap. Orang,
Akan ada sesuatu yang dia simpan.
Akan ada sesetengah perkara yang dia sembunyikan.
Dan ada sesetengah perkara yang ingin dia kongsikan.
Siapa pun dia,
Segembira mana pun dia.
Walau sekerap mana kamu melihat dia tersenyum,
Pasti ada perkara-perkara yang pernah membuat dia terluka.
Pasti ada sesuatu yang pernah menguris hatinya,
Pasti ada sesuatu yanh pernah membuat dia menangis.
Pasti ada.
Kerana dia juga manusia.

Makanya,
Bila kamu menyangka bahawa hanya kamu yang merasa,
Hanya kamu yang melalui,
Dan hanya kamu yang mengerti,
Kamu silap, dan kamu salah.

Ada orang lain yang pernah melaluinya,
Bahkan ada orang lain yang pernah merasakan lebih dari apa yang kamu rasakan.
Ada orang lain yang pernah melalui lebih teruk dari apa yang pernah kamu lalui.
Ada.

Cuma, mungkin kamu yang tak pernah tahu,
Kamu yang tak pernah nampak.
Jangan selalu menganggap,
Bahawa kamulah yang paling susah,
paling sakit diuji,
Paling berat diduga.

Ada.
Ada insan lain, yang lebih besar ujiannya, yang lebih berat penderitaannya.
Sudahlah, kesat air matamu,
Walau serumit mana situasi kamu.
Pujuk hatimu.
Yakinlah DIA ada, dan akan selalu ada.
Bila kamu menyandar harapan padaNYA, DIA tak akan sekali-sekali mempersia harapan kamu.
Bila kamu mempercayai segala takdir dan ketentuanNYA,
DIA tak akan sekali-sekali mengkhinati kepercayaan kamu.”

— (via tersenyum-melihat-langit)

akuislam.com

Monday, January 23, 2012

AH..I TAK TAU

ah..aku tak tau nak terlibat lagi ke tak dalm bidang yang membunuh aku ni..ah..KIMIA..

ah..rasa nak menyorok dalam selimut..x nak fikir ape-ape..

ah..behnye jadi baby..tak payah pk ape2..

ah..kalau ikut hati aku..ah..malas..ah..tak nak..ah..tapi bidang ni datang jugak menghantui fikiran..ah..aku apply jugak keje dalam bidang ni kenapa..ah..serabut..ah..

ISTIKHARAH..MUNGKIN..ahhhhh

P/S:BYK AH..AH.. SEBAB TENGAH DENGAR LAGU SELENA GOMEZ..AH..I LOVE U LIKE A LOVE SONG BEBEH..AH HAHA..:p


luv u like a love song..baby

Friday, January 20, 2012
Tuesday, January 17, 2012

chicken gizzard

sebelum ni aku tengok variety show running man ade perkataan chicken gizzard..aku tak tau pong ape kebenda..dan tak berusaha punnnnnn cari dalam qomus..dalam running man tu tak clear sangat pic chicken gizzard tu..sehinggalah kelmarin g mydin mart terjumpa benda ni yang bertulis chicken gizzard..

pedal ayam rupenye..haha..terukk3

en berg suke pedal ayam..so menu semalam ialah chicken gizzard with soy souce (tak habis-habis masak kicap..memang kene wat stok sekotak kicap la aku rasa lepas ni..;p)

nyums!

Tunjuk aku jalan

Ya Allah..tunjukkanlah aku jalan..untuk aku...............................................................................................






CARI KEJE
Tuesday, January 10, 2012

Agenda 2012 Home Tuition

sekarang aku baru berjinak-jinak untuk mengaktifkan diri dalam bidang ini..

ini en berg yang buat..haha

pengalaman dah ade..cume tak diperlebarkan kebolehan yang ade..ade sape2 yang dok area bangi,kajang,serdang yang perlukan Home Tuition..hubungilah nombor yang tertera..sebar2kan pada kawan2 atau saudara mara yang dok area2 yang disebutkan eh..hehe


Monday, January 9, 2012

isteri cerdik yang solehah


aku suke nasyid ni..dengar masa kat sekolah dulu..lagi-lagi yang rangkap last tu..ibu hot..dengar ni..i dedicate ke u..hehe



Saff-One (Zaini & Naazeri Raihan)
Isteri Solehah

( 1 )
Isteri cerdik yang solehah
Penyejuk mata, penawar hati, penajam fikiran
Di rumah dia isteri, di jalanan kawan
Di waktu kita buntu, dia penunjuk jalan

( ulang 1 )

Pandangan kita diperteguhkan
Menjadikan kita tetap pendirian
Ilmu yang diberi dapat disimpan
Kita lupa, dia mengingatkan

( ulang 1 )

Nasihat kita dijadikan pakaian
Silap kita, dia betulkan
Penghibur di waktu kesunyian
Terasa ramai bila bersamanya

( korus )
Dia umpama tongkat si buta
Bila tiada satu kehilangan
Dia ibarat simpanan ilmu
Semoga kekal untuk diwariskan

( ulang 1 )
( ulang korus )

bute politik

aku memang tak berminat bab2 politik ni..klu tengok brite mesti mate terkebil2 bile masuk bab2 politik..tak ade perasaan..SANGAT TAK MINAT..aku berminat nak dok Malaysia je..tapi malas nak mengundi..boleh?









p/s: tergolong dlm kategori orang yang tak bertanggungjawab..aku memang tak sempurna
Sunday, January 8, 2012

sos cili


aritu beli sos cili jenama ni..sebab muroh..ingat kalau sedap bleh bli lagi..tapi resultnye memang x sedap..aku try jugak usaha nak bagi rasa suke kat sos ni tapi air liur aku memang tak boleh bergabung la dengan sos ni..nak letak dalam masakan pon aku tak berani..last2 beli sos life jugak..

x tau nak wat ape ngan sos ni..nak jual kat mudah.com boleh??heheh..
Friday, January 6, 2012

rayyan loves rolling

cite pasal anak aku la lagi..


kusyuk la sangat tuhhh

sekarang ni dia tdo asyik nak berguling-guling je..aku bukak mate tengok2 dok kat kaki aku..dok bwh ketiak en berg..atas lantai..dah macam bola dah anak aku..

kalau beginilah gayanye..x de katil pon xpe..en berg..jom kite beli tiang gol!