Pages

Friends

Followers

Saturday, March 12, 2011

respond abah

bersiaran di kinraramas, puchong..umah adik..

arini abah,mak and adik-adik datang dari klate..as usual..penyambutnye opkos aku..kali ni aku sampai lagi awal kat komuter kajang..bersedia tersengih-sengih depan tangga jejantas komuter..

as usual..orang yang akan memberi respond paling awal bile tengok aku ialah abah aku..

"oloh..abah tak cam kak long..ingat sapo"

haha..biasalah..perut naik..pipi aku lagi la naik..(^_^")
Sunday, March 6, 2011

karok

kecik2 dulu minat betol lagu ukays..sebab pakcik makcik aku suke dengar..aku pong jadi tersuke jugak sampai sekarang..layan~~





Tajuk/Lirik Lagu: Kekasihku
Penyanyi: U’kays

Malam ku rasakan sepi
Jiwaku dilanda rindu
Terbayang wajah mu
Rasa cinta begelora

Rindunya makin terasa
Malam bagaikan lama
Menantikan siang
Resahnya jiwa ku ini

(Korus)
Harapan ku agar kau tetap setia
Kan ku belai kasih sepenuh hati ku ini
Abadilah cinta dilubuk kasih mesra
Kan ku jaga agar sentosa

Hebatnya api asmara
Tak terdaya aku mengawal
Moga engkau tahu
Betapa tulusnya kasihku

(Ulang Korus)

Hebatnya api asmara
Tak terdaya aku mengawal
Moga engkau tahu
Betapa tulusnya kasih ku

Kasih ku tak terbanding


jawab tag




telah di TAG oleh salah sorang ahli gang bas skolah..darlieeya zallia putri..uii ck lee..name glemer mu memang tak menahan~~;p

tag ni sekadar jawab soalan je..suke-suke je kot..acu try tengok ape soalannye..


1. Adakah kau rasa kau HOT?
tak rasa pn..memang semulajadi..xleh nak wat ape dah..keh keh

2. Uplod pic kau dari PC sekarang jugak!


3. Cerita pasal gambar tu..
sebab mengandung..wat keje kat lab kene la pakai mask..sebab men ngan bahan kimia..and..baju kurung yang aku pakai tu dah xleh pakai sekarang..sebab makin mengandung..**makin mengandung??**

4. Bila kali terakhir kau makan ayam?
semalam..ayam masak kurma..+terung berlada+celur bendi+tempoyak+budu+nasi

5. Lagu terakhir yang kau dengar..
lagu Q-face..cinta tak sehaluan..asik bunyi kat blog aku..

6. Apa yang kau buat selain selesaikan test ini?
goyang kaki~~~

7. Selain nama sendiri, anda dipanggil dengan nama apa?
madi,aed,tey,mek,along,kak long,momy long,momy(gewe panggil)

8. Tag lagi 8 orang..

en berg (inside out)
indah (me llamo indah shukor)
fifi (sukesuki)
diba (juz for fun)
soul (keakuan ketiadaan keapa-apaan)
ain (it's my life)
wiwi (sweet little pie)
sana'a (nor liyana sana'a)

9. Siapa no 1?
suami terchenta

10. Cakap pasal no 5..
suami ain (it's my life)..member skolah en suami..dah ade anak sorang..

11.Orang no 3 ada hubungan dengan siapa?
dengan aku la..kami kawan baek..

12. Bagaimana pula dengan budak no 4?
gewe member en suami..pangkat adik2..cute and peramah orangnye..

13. Pesanan buat no 6?
ain..nak pesan kek boleh?haha

14. Kata-kata cinta untuk no 2?
mek indah..aku tak sabar nak dapat kad kawen vip punye dari mung..hehe

15. Adakah no 7 dan no 8 punya persamaan?
dua2 adik manis mude dari i..hehe

16. Berikan 5 perkara yang kau tahu pasal no 1..
die hard fan MU
sangat suke bola
suke main bola
sanggup stay up demi bola
suke beli jersey bola

;p

17. Persamaan antara kambing dan lembu?
dua2 binatang

18. Perasaan ketika jawab test ini?
lambatnye nak abis~~;p

19. Adakah kau tahu Rizman tu sengal?
x nak amik tau

20. Gay or les?
dua2 kene laknat..straight plis!


thanx cklee for da tag
^_^

Saturday, March 5, 2011

lame bebeno




lame bebeno tak mengepost blog ye..saye idok le bz bebeno..jalurlebar saye dh kesempitan duit..idok le dapek saye ni melebarkannye lagi buat sementara waktu..tak tau berape lama sementaranye itu..heh..


sekarang ni tak ade aktiviti menarik pong nak ditonjolkan..sepanjang tidak berbelog ni..macam-macam hal dah berlaku dan berlalu begitu sajo..


tak lame lagi suami tercinta akan tinggal bersama saya..sangat la saya suke..no more PJJ(perkahwinan jarak jauh)..yabedabedu~~alhamdulillah..


tapi kan..saya berdebor jugak nak dok bersama ni..sebab tak pernah dok bersama lama2..macam2 bermain kat kepala..adakah nanti akan cepat bosan?adakah nanti akan slalu gaduh?mungkin kene bertanya pada yang pakar..heh..

hopefully everything gonna be ok..aminn..





Kenapa saya terlalu moody?


Perasaan yang sentiasa berubah-ubah ketika hamil adalah perkara biasa. Semua ini disebabkan oleh perubahan hormon yang akan memberikan kesan terhadap tahap neurotransmitters (mesej kimia ke otak) anda. Walau bagaimanapun, setiap individu memberikan tindak balas berbeza terhadap perubahan ini. Ada sesetengah ibu hamil sentiasa diselimuti rasa bimbang, ada juga yang murung. Tidak kurang juga yang lebih bertenaga dan sentiasa ceria.

Ramai berpendapat masalah moody ini akan meningkat ketika kandungan berusia di antara 6 hingga 10 minggu, makin berkurangan setelah memasuki trimester kedua dan muncul kembali pada saat-saat akhir kehamilan.

Diakui kehamilan boleh menyebabkan seseorang itu rasa sungguh tertekan tetapi ada juga yang rasa sungguh teruja dengan keadaan tersebut. Semua ini berbeza antara individu dengan individu yang lain. Ada bakal ibu rasa gembira dengan gelaran ibu yang bakal diterima tidak lama lagi. Namun, ada juga yang risau tidak dapat menjalankan tanggungjawab yang sepatutnya sebagai seorang ibu. Selain itu, antara persoalan lain yang sering bermain-main di minda bakal-bakal ibu ialah tentang anak dalam kandungan itu sendiri. Adakah dia sihat? Adakah sempurna? Sempat kah dia melihat dunia? Dan macam-macam lagi persoalan yang timbul.

Perubahan emosi ini juga boleh disebabkan oleh gejala-gejala yang dialami semasa hamil. Antaranya ialah seperti pedih hulu hati, kekerapan membuang air kecil dan rasa bimbang.

Cara menanganinya

  1. Semua ini normal.

Cuba beritahu diri sendiri bahawa perasaan seperti itu adalah normal ketika hamil. Jadi, carilah jalan untuk tenangkan diri sendiri.

  1. Bawa bertenang.

Jangan terlalu fikirkan tentang apa yang anda sedang rasa. Sebaliknya, penuhkan hari anda dengan aktiviti-aktiviti berfaedah seperti mengait, membaca tentang keibubapaan dan bersenam.

  1. Belai pasangan.

Kehamilan ada kalanya menjarakkan hubungan antara suami dengan isteri. Agar hal ini tidak berterusan, gunakanlah masa terluang untuk bersama suami. Biar dia tahu yang anda masih sayangkannya dan cintainya.

  1. Buatlah sesuatu yang menyeronokkan.

Jika anda seorang yang suka berhias, teruskanlah. Jangan jadikan kehamilan penghalang untuk anda terus bergaya. Terus lakukan apa yang anda suka walaupun hamil asalkan tidak menjejaskan anda dan bayi dalam kandungan.

  1. Luahkan yang terpendam.

Jangan biarkan emosi mempengaruhi diri anda. Luahkan apa yang anda rasa kepada pasangan agar rasa lega. Biar dia tahu apa yang terbuku di dada. Mungkin dia ada jalan penyelesaian.

  1. Tangani stres sebaiknya
Belajarlah cara untuk menangani stres. Ilmu ini sangat berguna bukan sahaja ketika hamil tetapi juga dalam keadaan biasa.

sumber: PA&MA

trimester kedua

Pada trimester kedua masa hamil (bulan 4, 5, dan 6), gerakan janin mulai terasa dan kehamilan anda mulai tampak. Janin sudah mulai berbentuk manusia, mempunyai bulu mata dan cenderung menghisap ibu jari tangan.

Morning sickness mulai berkurang, bahkan akan hilang sama sekali di akhir trimester kedua.
Pinggang anda semakin melebar
Rasa mual menyebabkan produksi air ludah anda meningkat
Produksi keringat meningkat
Gerakan janin mulai terasa.

Pada minggu ke-13 atau bulan pertama trimester kedua, bentuk janin telah sempurna. Janin tersebut akan terus membesar sepanjang sisa masa kehamilan.Minggu ke-14, berat janin naik mencapai sekitar 64 g (2 1/4 oz), padahal seminggu yang lalu beratnya masih sekitar 28 g (kira-kira 1 oz). Janin tersebut telah mampu mengepalkan jari-jari tangan. Alat ultrasound telah mendeteksi detak jantung

Minggu ke-16, gerakan janin semakin keras, dan otot-ototnya semakin kuat. Bulu-bulu halus/ lanugo yang menutupi seluruh tubuh dan alis mata mulai kelihatan.


Ulu hati anda akan terasa panas
Kulit dan rambut semakin berubah. Warna kulit wajah anda akan berubah menjadi coklat kekuningan (kloasma). Tahi lalat membesar dan bertambah gelap. Waspadai adanya gejala kanker kulit dengan berkonsultasi dengan dokter pribadi anda.

Pertumbuhan janin semakin pesat.Pada minggu ke-20, panjang janin mencapai kira-kira 25 cm (10 inchi). Gigi dalam rahang mulai terbentuk. Gerakan janin semakin kuat karena otot-ototnya yang semakin menguat.

Gerakan tersebut berupa sundulan-sundulan lemah pada perut anda

Perubahan pada pembuluh darah terlihat jelas. Terdapat jalinan garis ungu membentang di dada dan sepanjang paha. Anda juga dapat mengalami varises dan wasir.
Berat hamil anda telah mencapai kira-kira setengah dari total kenaikan berat kehamilan. Pinggang dan pinggul menebal.
Frekuensi buang air kecil meningkat karena tekanan uterus pada kandung kemih. Kadang ditemui adanya infeksi.
Rabas/ discharge vaginal semakin bertambah. Infeksi jamur juga biasa terjadi. Berkonsultasilah dengan dokter pribadi anda untuk mengatasinya.

Pada minggu ke-24, panjang janin telah mencapai 33 cm (33 inchi). Janin sudah bisa batuk dan tersedak. Janin tampak kurus karena persediaan lemak tubuh belum kelihatan (persediaan ini mulai kelihatan pada minggu ke-28). Pada akhir trimester kedua, paru-paru telah sempurna sehingga janin sudah mampu bernapas diluar kandungan.


sumber: bibilung