Pages

Friends

Followers

Sunday, October 31, 2010

aliff satar cukup indah

Found at: FilesTube


Lirik Lagu Cukup Indah - Alif Satar

Tak pernah aku jauh darimu
Meninggalkan cinta kita
Tak pernah aku meluka hatimu
Perasaan dan jiwamu
Segalanya telah ku serah
Hanya engkau terindah

orus
Hanya kerna kau yang cukup indah
Untuk dimiliki dan untuk dicintai
Ku tahu kau mahu ada di hati
Untuk didampingi untuk disayangi

Tiada yang lain selain dirimu
Kekal tinggi di hatiku
Tiada pengganti yang mampu ku cari
Yang secantik diri kamu
Cinta ini untuk dirimu
Rasa ini untukmu

Ulang Korus

Hanya kerna kau yang cukup indah
Untuk dimiliki dan untuk dicintai



Friday, October 29, 2010

jangan degil lagi



en berg aka suami saya sudah berbuih-buih mulut cakap jangan minum nescafe melampau minum nescafe sangat~~x elok~~~

tapi saya degil!

minum jugak..minum jugak..minum jugak..

semalam badan saya sangat berangin~~menyebabkan saya pening sepanjang hari..badan rasa macam belon sebab banyak angin..

x selesa!gile x selesa!gundah-gulana!

muke pucat..rasa stress..rasa ngantuk..sakit pinggang..seme ade..

sebab tak tahan..saya balik umah..minum air halia 1 jug!puas!

lepas minum tu dengan senangnye saya sendawa,berak,kentut,...semua toksin2 keluar..

alhamdulillah..

ok..buat masa ni serik nak minum nescafe


MORAL: DENGAR NASIHAT SUAMI..JANGAN DEGIL!

kadang2 saya x ingat yang saya dah kawen..maklumlerr..x duduk serumah..

ok2..sebagai ingatan..letak gambar kawen seketul..supaya sedar diri tu dah kawen..heh~

ok..dah sedar diri..

harini rasa sihat..letak gamba perasan seketul..

semangat nak g lab

dah!nak g wat keje!
Thursday, October 28, 2010

cerita sedih sebagai ingatan

EN BERG~~BACA NIH!

by Tuah Mohd Bakheet on Thursday, October 28, 2010 at 2:15am

Aku dah kawin skarang. Bini aku memang baik sangat2. Tapi dia x seperti yang aku expect masa kami belom kawin dulu. Masa belom kawin, aku tengok dia memang sorang yang pendiam je, jarang gile cakap ngan laki. Member2 mmg puji la cara dia. So memang susah jugak aku nak cuba tegur dia masa tu.. segan dowh. Memang obvious lah kalau aku tegur. Tapi aku suka dia macam tu, so xde la cemburu sangat sebab dia jarang borak2 ngan laki..

Cantik? Memang la, kalu x aku comfirm x sangkut punyer. Haha. Cantik pada mata aku la. Member2 pon ade yang cube usha. Sori le dia nak layan. Haha. Memang market. Last2 aku yang dapat, memang rasa bangga giler. hehe..

Eh, dok ngumpat2 pasal dia, lupa lak nak kasi tau nama. Nama panggilan dia Ara. Nama betol dirahsiakan. Hoho..

Aku usha cara yang leklok la, gi jumpa bapak dia dluu. gentlemen beb! Slow talk ngan bapak dia. Err, bapak dia nama Marzuki.. Bapak dia ni jenis sound direct rupenyer.. Pergh, mmg kena kutuk kaw2 la gua. Sebabnya, bila dia tanya kenal x anak dia? Gua cakap x sgt. Bapak dia tanya lagi, nape nak kawin ngan anak dia? Gua cakap sebab minat. Minat sebab ape? Gua cakap x tau.. Habis kalu x dapat anak dia? Gua cakap nak jugak! Bapak dia sound la, “ko ni, cane ko nak kawin ngan org yang ko x kenal? Gua jawab, lepas kawin la saya kenal dia pakcik.. pastu sengih2.. pastu bapak dia diam.

Masa tu rasa down gile. Bapak dia cam tolak mentah-mentah je proposal aku.. Ke dia saja nak uji kehebatan cinta aku?? Huhu.. Time tu aku dh terpikir nak usha calon lain je. Aku memang ade lagi sorang yang aku suke. Haa yang ni gua memang kamceng giler. Yang ni pulak nama dia Ika. Gua memang selasi lah ngan minah ni. Haha.. Tapi last2 orang lain gak yang gua pinang.

Hari keputusan proposal aku akhirnya tiba. Kputusannya.. jeng3.. x spt yang aku jangka. Haha. Aku ingat kena reject, satgi family diorang terima. Warghh happy giler. Alhamdulillah. So, memang sah la takde jodoh aku ngan Ika. Time aku bgtau Ika aku nak kawin, dia accept je. Kejam gile aku. Dia kata semoga aku bahagia.. lepas tu kami dah x jumpa.

Lepas akad nikah, kompemlah aku sebagai laki Ara. Happynye aku Tuhan je tau.. kat rumah.. dia macam biasa, cool je.. Tapi cool semacam la pulak. Sepatah aku tanya, setengah patah dia jawab. Kalu aku x buka mulut, memang x berbunyilah rumah kitorang.

Ara taklah ‘bisu’ sangat. Kadang2 dia bersuara gak.. Tapi bagi aku yang jenis suka cakap banyak ni, Ara bukan jenis yang boleh bawak borak sangat. Bila aku cakap pasal something, dia macam blur... Macam x supportive sangat. Last2 aku dah malas nak borak.. oh boringnye.. Yang dia tahu cuma tunjuk baris gigi dia ja.. sengih. Cam yg aku buat kt bapak dia dulu. Psycho seyh..

Nak jadik lagi tensen, aku ni jenis perokok sederhana tegar gak la. Tapi bini aku pulak mmg cam fobia giler ngan asap rokok. Bau nafas aku yg bersisa rokok pon, dia mesti batok.. x bau rokok pon dia dah selalu batok. Uhuk3 gitu.. Sebab sayang bini, makin lama makin kurang aku merokok.. kalu gian sangat pon aku merokok time kat ofis je.

Bini aku keje hospital, bahagian obat-obatan.. Aku lak xleh bau ubat, mesti pening kelapa.. Hari2 aku yang hantar, ambik dia gi spital. Time ambik dia balik, mmg hari2 lah baju dia bau obat dalam kete. So aku akan slalu bukak tingkap, nyaman sket..

Ada satu hari tu, masa hujan lebat. Xleh bukak tingkap kete, aku dah mmg pening-pening lalat dah.. Bau ubat.. Dengan poor visibility lg, kami accident! Langgar bontot kete orang depan. Kat spital, doktor kata bini aku keguguran akibat kemalangan tu. Hah??

Rupanya dia mengandung dua bulan.. Ara sendiri pon x tahu.. Ya Allah!!

Lepas kejadian tu aku terus suruh Ara benti keje. Dok rumah je.. Aku dah korbankan rokok aku, so dia kena korbankan keje dia. Aku dah x tahan bau ubat!! Aku sorang keje dah cukup sara idup kami!

Dekat setahun kami kawin, Ika tiba2 datang, dia kata masih sayang kat aku, nak aku ambik dia jadik bini no. 2.. Dia sanggup..

Alamak ni dah angau betol.. Padahal aku baru je kawin. Mungkin Ika yakin yang kami sangat serasi dan saling memahami, so dia berani propose kat aku. Then aku teros terang je la, aku cakap kat dia, yes aku memang x kamceng mane ngan bini aku skarang.. And banyak benda yang kami xde persamaan. Ara memang x banyak bercakap. Kalu aku cube buat lawak, dia macam x tangkap je. Sedih tol.. X pandai nak borak. Kalu jumpa member2 aku lagi le dia sunyi sepi. Dah le hari-hari dia suka masak benda yang sama.. Jarang la dapat makan yang lain sket. Kcuali makan luar. Itu pun dia akan order benda sama je.. Haha macam tu la bini aku.. Lucu lak..

Tapi kami masih cuba memahami hati budi masing2.. Aku cuba biasakan diri ngan bau ubat2 kat baju2 Ara dulu, cuba brenti merokok waktu awal2 kawin dulu.. Ara plak dh x keje, dah cuba belajar masak benda2 lain (jarang la menjadi).. Aku bagitau Ika, rumah tangga kami bahagia. Aku xleh menduakan dia.. Aku memang sayangkan dia. Ika terpaksa terima hakikat tu. Itu mmg last kami jumpa.

Kini, kami dapat rezeki sorang anak, dah besau, dekat 4 tahon la.. tp dah pandai mengaji sket2. Semua berkat kerajinan bini aku. Bab2 agama, mengaji sume dia mmg bagus. Anak aku Hafiz, memang dia train elok2 ngaji alQuran.. Alhamdulillah, semoga esok2 dia jadik anak yang soleh. Bagi aku itu la investment yang sangat2 menguntungkan!

Tapi sebenarnya dalam tempoh tu, kami x seperti pasangan yang lain, kot. Makin hari aku makin bosan ngan rumah tangga kami. Ara memang suka menyepi, jarang borak panjang2. Aku pulak suka keluar lepak ngan kawan2. Makin lama makin jarang aku duduk rumah. Lewat malam baru balik, bini dah tido. Esoknya pagi2 aku dh kena gi keje.. Dalam tempoh tu jugak, aku sebenarnya asyik keluar dengan sorang ofismate aku. Nama dia Lisa. Budak baru kat ofis aku.. Berbekalkan muka yang agak ade market ni, dia macam sangkut lak kat aku. So dialah yang slalu aku ajak kluar malam, teman aku borak2, kadang2 sampai pagi!

Aku sedar aku seolah2 mempergunakan dia untuk hiburkan hati aku.. Teringin nak kawin ngan dia, takot kecik hati si Ara pulak.. Dengan Lisa la tempat aku luahkan perasaan, kadang2 gadoh, kadang dia tercarut2 siap kat aku. Pastu minta maaf, dia kata tersasul.. Tapi aku mmg terhibur bila dok ngan Lisa. Bini aku kat rumah, dengan anak aku jarang sangat aku luangkan masa..

Ara sedar akan perubahan aku dari hari ke hari. Dia mula sedar aku ada pompuan lain. Satu hari dia bagitahu, dia izinkan kalu aku nak kawin lagi, tapi mesti dengan wanita yang elok2, sebab dia tak mahu pelajaran Hafiz terganggu. Aku pelik, apa kaitan??

Dan aku terfikir, Lisa tu wanita yang elok ke? Pakaian hari2 kompem ketat, make up kat muka 2 inci macam xleh kena air, x ambik air semayang ke? X semayang ke? Ke cuti sepanjang tahon?!

So aku postpone dulu hajat nak kawin ngan Lisa. Terfikir lepas kawin boleh nasihat kot sikit2, tapi time bencinta pon asyik lawan ape aku cakap. So sad!..

Ketika perkahwinan aku ngan Ara mencecah 4 tahun dulu, rumahtangga kami ditimpa dugaan yang maha besar. Ara mula jatoh sakit, batuk dia makin teruk, akhirnya masuk hospital. Dan saat itulah baru aku diberitahu, Ara mengidap penyakit barah tekak. Ya Allah!!

Doktor bagitau, Ara dah lama senarnya kena barah tu, penyakit yang akan buat dia slalu batuk, dan trpaksa menahan sakit bila bercakap! Aku rasa bagai kena tusuk dengan anak panah yang tumpul bila dengar benda tu!! Patut la Ara jarang sangat bercakap. Kenapa dia x bagitau aku??

Doc tu cakap lagi, penyakit tu makin lama makin teruk, dan bagi effect kat jantung. Sebab pernafasan dia selalu kurang dari sepatutnya. So jantung jadi lemah.. So itulah yang menyebabkan Ara jatuh sakit. Jantung dia skarang makin rosak akibat barah tu.

Jadi camane dia boleh ajar anak aku mengaji? Doktor tu bagitau, memang ada ubat utk diminum sebagai pelincir dalam tekak. Tapi hanya kurangkan rasa sakit, dan ia bertahan kejap je.. Tapi Ara x boleh selalu minum sebab ubat tu sangat mahal!!

Aku buntu..

Masa tulah baru aku terfikir, kami x penah bertikah lidah, x penah gado.. Mgkin itu hikmah dia.. Tapi aku x sedar selama ni.. Aku asyik tinggalkan dia, bergembira dengan pompuan lain.. Dia pula sanggup tanggung derita setiap kali perlu menjawab pertanyaan aku. Dan x penah luahkan derita kat aku..

Jantung Ara dah lemah sangat, doktor kata mungkin Ara x dapat bertahan lama.. Aku menangis depan doktor tu puas2, wlapun doktor pompuan. Aku dh x kisah. Aku menyesal dgn cara aku layan Ara selama ni.

Dia dah bagi aku macam2, jaga makan minum, pakaian aku, ajar anak kami mengaji, mmg x penah lawan apa aku cakap, apa aku suruh..

Aku suruh dia benti keje dulu, dia ikut. Walaupon kat rumah dia tetap baca buku pasal ubat-ubatan! Dia minat sangat dengan keje dia.. Maafkan abang Ara..

Bila balik rumah nak mandi kejap, aku sempat tengok balik kenangan2 kami.. Aku belek2, terjumpa kotak hantaran masa kami kawin dulu. Ada satu kotak jam, jam yang aku pakai sekarang.. Aku terkejut bila ada sehelai kertas dalam tu. Mula2 ingat kertas resit, tapi rupanya sepucuk surat!

1 Julai 2007,

Buat suami yang baru kupunya,

Terima kasih kerana menawarkan cintamu,

Yang ku tunggu-tunggu sejak kita mula bertemu dulu,

Ara memang cinta padamu,

Dan Ara menangis bila abang melamarku

Buat suamiku yang baru kupunya,

Luaranku mungkin nampak sempurna,

Luaranku mungkin ramai yang terpesona,

Tapi diriku bukanlah sesempurna abang sangka,

Kerna suaraku bukan kepunyaan kita

Buat suamiku yang baru kupunya,

Andai abang ingin melihat Ara ketawa,

Ara hanya mampu tersenyum pada abang,

Andai abang mahu Ara berjenaka,

Mungkin Ara kan menangis dibahu abang,

Kerana Ara tak mampu berbica,

Seperti orang lain berbicara,

Kerana Ara tak mampu ketawa,

Seperti orang lain ketawa

Jika membaca surat ini akan meleburkan cinta abang,

Ara pasrah dan relakan abang menjauhi,

Jika membaca surat ini Ara tetap dihati abang,

Ara sujud sejuta syukur pada Ilahi..

Yang benar,

Isteri yang menyanjungmu.

*Ara selitkan surat ini dalam kotak jam abang, semoga abang mudah terlihat surat ini..

Berderai lagi airmata jantan aku. Kenapa aku x terbaca surat ni 4 tahun dulu? Kenapa aku x tahu penderitaan Ara awal2 dulu? Kenapa baru sekarang?

4 tahun usia perkahwinan kami, Ara beri aku segala2nya.. dan paling penting dia bagi seorang anak yang comel dan bijak. Tapi apa yang pernah aku beri kat Ara?

Mulai saat tu aku jaga Ara sepenuh hati. Hari-hari memang keje ulang alik hospital. Masuk ofis pon kjap2. Anak aku bagi kakak Ara yang jaga. Masa tu aku dah serabai giler. Sangat x terurus. Baru aku sedar pentingnya Ara dalam hidup aku.

Dalam keadaan Ara yang agak lemah, aku minta kebenaran doktor untuk bawa dia melancong. Aku nak temani dia puas2. Aku nak bahagiakan dia dalam sisa2 hayat dia. Biar dia terlupa akan derita dia. Saat itu dia menangis kat bahu aku. Sejak dia sakit kami hanya berbalas tulisan kat kertas.. dan kertas2 tu aku kan simpan sampai bila2.

Dia tulis dia x menyesal kawin dengan aku. Dia tulis sangat bahagia hidup dengan aku. Siap cuba lukis gambar orang senyum.. haha.. Ya Allah hari2 itu kami sangat bahagia. Namun Ara dah makin lemah. Aku dah x mampu tengok dia derita. Setiap kali dia nak tarik nafas, sangatlah azab pada aku melihatnya.

“Ya Allah, jika Kau masih panjangkan hayat isteriku, Kau berilah aku separuh kesengsaraannya, biar kurang kesensaraannya Ya Allah.. Tapi jika hanya kematian yang dapat mematikan sengsara isteriku, aku redha Ya Allah..”

Aku x tahu apa lagi boleh aku buat.. Aku bacakan Yaasin ditelinganya berulang-ulang, biarkan anak kami dipangkuan memeluk-meluk ibunya..

Akhirnya Tuhan menjemputnya kembali. Aku pasrah. Kesedihanku terubat bila kulihat dia pergi dengan tenang. Sempat kuajarkan Syahadah.. dan dahinya berpeluh jernih. Lalu kukucup buat kali terakhir..

Kini, hmpir 5 tahun prkawinan kami, tinggal aku dengan Hafiz, dengan helaian2 tulisan terakhir Ara..

(T.T)


p/s:ADAKAH ORANG PENDIAM MEMBOSANKAN??:((
Wednesday, October 27, 2010

tak sabar nak g lab

aku rasa tak pernah lagi macam ni
tak sabar nak g lab esok
biasa asyik malassssssss je nak g lab
sambil wat keje
rasa nak bercakap
rasa nak borak
kalau tak bercakap dan berborak pon xpe
asalkan dikelilingi orang

dok kat umah sewa ni macam dok dunia lain
memang sorang2
memang ade dengar suara orang kat luar umah
tapi tu luar umah
jadahnye

sekarang kat blog asyik post emo2 je
tak seronak la

memang mental dok sorang2 deknon
haih!

puas hati



even template ni x comei sangat
tapi rasa puas hati boleh tukar
persetankan hal comei or x comei
yang penting 'rejoice'
heh

tukar template blog

rasa nak tukar template blog lagi
macam suram je kale blog ni
nak tukar lah nanti
heh

perubahan?

untuk pengetahuan mereka yang tak tahu
saya seorang yang kurang bercakap
a person with more action than words
macam Mr. bean la lebih kurang
tapi saya tak la lucu macam Mr. bean


bila di dunia luar
saya hanya seorang yang suke sengih
lagak kera sumbang
its just because i'm very lack of idea to speak
not a speak out person

Perlunya saya untuk berubah
supaya orang perseorangan tidak bosan dengan saya
memang perlu jadi diri sendiri
tapi kadang-kadang kena juge berubah
demi orang di sekeliling

sebab hidup saya bukan seorang diri
saya hidup bersama orang di sekeliling
perlu menjaga hati dan perasaan orang sekeliling
lupekan sebentar hati dan diri sendiri


itu madi




pening-pening


hari ni hari pening
dari pagi tadi pening
sampai la petang ni still pening pening
sampai rasa nak demam sebab pening




harini terpaksa ponteng dari g lab sebab pening
bila pening aku kene ikat rambut
baru rasa ok sket
kalau boleh nak je aku cabut satu-satu rambut ni
nak bagi hilang pening


en berg
saya nak potong rambut
**tibe-tibe**

jangan pernah sedih



kadang-kadang
kita tidak sedar
perkara yang
sedih
sakit
luka
yang berlaku
adalah sebab kita
punca asalnya adalah kita

kadang-kadang
jika berlaku perkara yang
sedih
sakit
luka
kita terpaksa redha menerima
kerana kita tak mampu melawan takdirNya
walaupun perkara itu
tiada langsung terlintas di kepala

sedarlah apa kelemahan itu
sedayanya cuba untuk mengatasi
supaya tidak terus-menerus
mendapat
sedih
sakit
luka

Tuhan tak akan menguji
Jika kita tak mampu mengharunginya


**Jangan Pernah Sedih**


Tuesday, October 26, 2010

petua sblm kawen:sauna


kepada bakal pengantin
untuk member2 baik aku
tuyun,fifi,anna,fetty,aciqnoreyya dll
rakan maya aku..bai
and sape2 lah yang nak kawen tu

untuk mendapat muke berseri2 di hari bahagia
disyorkan kepada anda supaya BERSAUNA
kalau boleh sebulan sebelum kawen
petua ni housemate aku yang bagitau
cik dayang..hee

sungguh!!
x tipu!!
bukan nak cakap aku muke berseri-seri masa kawin
bukan
tapi rasa lainnye kulit itu
rasa best!!
sungguh!!
x tipu!!

selamat mencoba~~

hehe

^_^

rindu sang kancil



macam dah x sabo nak jumpe sang kancil kesayangan
**even aku selalu sumpah seranah kete tu sebab slalu wat hal**
skarang dok kat kelantan
dalam proses 'make over'
xde la over sangat sampai make over jd myVi
nak tukar kale je
dulu kalenye hijau

kisah kancil klasik untuk masa depan

skarang dalam proses mengecat
abah cakap kale oren
OREN????!!!
OMG!
aku x tau la camane rupenye nanti!
berserah je lah
even aku memang suke gak kale oren
tapi kalau kete oren susah jugak nk terima
ikut je ape abah aku nk wat
restu tu penting
heheh
tunggu dan lihat je lah nanti


**konpem pak gad mudah cam kete aku..senang la dia nak saman aku nnt..sbb xde sticker UKM..oh yeah..(-_-'')**


Sunday, October 24, 2010

mari menyemburrr



berjaya!

setelah sekian lama bertangguh
untuk membeli menatang ni


dalam keadaan rumah sewa yg xde mesin basuh ni
pastu cuaca plak hujan hujan panas ni
amat la perlu menyembur dengan benda ini
sembur tilam..baju..n so on yg berkait dengan fabric
untuk mengelakkan bau yang bisa mengganggu
emosi dan mood

dan

mengelakkan muke kite
berubah menjadi seperti pic di bawah


(^oo^)

cukuplah dengan hidong kembang yang aku sedia ade

ni pon nk cite ke?

bukan nak cite benda ni sangat pon sebenarnye
nak ckp baru pulang dari johho
jumpe en berg utk m'eratkan sillaturrahim
hehhhhhhhhhhekkk



Friday, October 22, 2010

petua hari jumaat

sumber: petua

Jika anda dibenci oleh seseorang melampau-lampau atau tanpa sebab yang nyata, cuba sedekahkan Al-fatihah kepada orang itu. Insya-Allah, kebenciannya akan berkurangan atau hilang.


Amalkan apa2 yg baik (juga amalan2 baru) selama 21+ plus hari berturut2 ~ Rasullullah (saw) bersabda, sst amalan yg diamalkan sekitar 21-30 hari, continuously, akan menjadi tabiat and kalau tak, ilmu itu akan mati.


RAHSIA SURAH YASSIN AYAT KE 58

Barangsiapa yang membaca YAASIN sepenuhnya dan pada ayat ke 58 surah tersebut "SALAAMUN QAULAN MIN RABBIN RAHIM" diulang sebanyak 7 kali untuk 7 niat baikmu, Insya Allah dengan izin Yang Maha Esa dan Maha Kuasa, semua hajatmu akan dikabulkan. Jika boleh niatkan sebegini:

1) YA-ALLAH YA-RAHIM, ampunkan dosa-dosaku dan saudara-maraku
2) YA-ALLAH YA-RAHMAN, kurniakan aku isteri,suami, anak-anak yang soleh dan mencintai islam
3) YA-ALLAH YA-RAZZAK, kurniakan aku rezeki yang berkat,kerja yang baik dan berjaya didunia dan akhirat.
4) YA-ALLAH YA-JABBAR, makbulkan hajat penghantar maklumat yang aku dapat ini
5) YA-ALLAH YA-MUTAQABBIR, jauhkan aku dari sifat khianat dan munafiq dan miskin
6) YA-ALLAH YA-WADUUD, kurniakan aku dan seluruh umat Muhammad yang beriman kesihatan zahir batin
7) YA-ALLAH YA-ZALJALA LIWAL IKRAM, makbulkanlah semua hajatku, dan redhaikanlah aku.....


Jika anda mencari sesuatu benda tetapi tidak terjumpa kerana terlupa atau sebagainya, bacalah ayat 58 Surah Yaasin (Selamat, perkataan dari Tuhan yang maha pengasih). Insya-Allah anda akan mendapat petunjuk.

doa dipermudahkan segala urusan

let's start our beautiful day with this beautiful words

Allahumma yassir walaa tu'assir

semoga dipermudahkan segala urusan

..aminn..


Thursday, October 21, 2010

tiket..tiket

oh yeah

tidak ade tiket lain yang selalu dibeli
selain tiket train
tiket bas pon jarang
tiket wayang pon kadang2
**macam dah lama x tengok wayang**
tiket konsert memang x pernah

sudah beli tiket
mgg ni balik johho

dua mgg depan balik klate
memang aktiviti menjelajah je la skarang

utara-selatan
eh bukan
timur-selatan

tiket train skarang
**1 balik johho..2 balik klate..;)**

tiket train pun dah lain
dulu saiznye agak besar

skarang
lebih kecik..lebih cute..lebih econsave
kalau x jaga betol2
lebih mudah untuk hilang

ok en berg
esok bentang kapet merah eh
daa
~~~~
Wednesday, October 20, 2010

bukan lagi penagih nescafe

nescafe sudah tidak berapa dilayan sekarang..

sudah bertukar status

bukan lagi penagih nescafe

jauh lagi penagih simpati @ penagih dadah
**dah start mengarut..jgn mulakan..plis**

mungkin bunyinye sudah semakin bagus kan?


tapi sekarang
setelah tidak meminum nescafe


SAYA MULA KETAGIH NESLO
**still ade perkataan 'nes'**


mungkin kilang 'nes' kene tutup
barulah aku tak jadi penagih

@

en berg perlu menawarkan hadiah yang lumayan dan mewah
kalau nak aku benti jd penagih
hohoho
**mesti en berg ckp : xpe la..minum la puas2..**

toink!

Tuesday, October 19, 2010

Dear my adik ayas

ini adalah lempeng kosong bersama sambal sardin cili padi kicap lebih


Dear my adik Ayas
malam ni i makan lempeng kosong cicah sambal sardin kicap lebih
sebab baru baca u punye blog
i jadi terliur
;p

Ayas oh Ayas
nanti bila sang kancil sampai bangi
i g jalan umah u deh

bereh??

take k urself n baby
miss u 2 mok buyong~~
^_^

ops basuh kain

malam ni adalah operasi membasuh kain tanpa guna elektrik yang banyak
hanya guna elektrik untuk lampu bilik air saje




ye nampak sikit
nampak x mencabar

ringan mata memandang
berat bahu memikul

bukan nak berlagak macam orang kaya
macam x pernah basuh kain pakai tangan gune berus

tapi

dah biasa dah basuh kain gune mesin basuh


kalaulah harga mesin basuh tu RM5.00
dan terdapat di kedai runcit depan umah aku tu
skarang jugak aku g beli

heh

bila kemudahan itu hilang

petang smalam

bila balik dari lab x perasan ape2 pon..yang aku perasan..

''owh..tuyun dah bawak seme barang dia..sob3..''
''owh..kosong jadi bilik aku..sob3..''

pastu nak mandi..

''owh..kain banyak..baik basuh kain''

nak masuk bilik air..rasa macam ade bende kurenggg je dekat ngan pintu bilik air tu..

''owhhhhhhhh!!mesin basuh dah xde!!''

maklumlah..mesin basuh tu tuyun punye..tuannye dah pulang..konpem mesin basuh tu akan ikut tuannye~~huhu

wahai tangan~~besar lah tanggungjawab kamu mulai dari semalam~~T_T


malam

berSMS dengan en. suami

en suami : dah iron baju?
pn isteri : alamakkk..belomm
en suami : g la iron baju

pn isteri tengok kat tempat biasa terdapatnye iron

pn isteri : alamakkk~~iron dah xde..lupe..iron tu tuyun punye!!


aish..baru sedar semua kemudahan tu empunye tuan yang dah pindah..


kesimpulan : sediakan sendiri barang kemudahan..untuk elakkan perkara2 ini berlaku..even sharing is caring..heh..;p

macam dah lama x pakai tudung tu

mcm dh lama x pakai selendang@shawl,
dulu rajin la jugak nak melilit2

pemalu adalah saye

ignorekan ketembaman muke akak kamu itu

x tau kenapa en berg suke sgt kt blakang tu..;p



mcm dah lama x pakai tudung bunge2
dulu suke sangat..rasa macam ayu semacam je kalau pakai..eh?

ayu?en berg..sila jgn ckp TIDAK

tudung bunge

bunge lagi..yg bersongkok tu bukan bunge..itu kumbang..;p

mek2 bunge


macam dah lama x pakai tudung bawal
dulu pantang balik klate
konpem aku g serang pasar
siap ade kedai tetap

bawal kuning

bawal oren..dan lain2 bawal

skarang asyik pakai tudung ni..tudung ni..tudung ni..



sampai naik bosan..en berg pn dh bosan tgk bini dia asyik pakai tudung tuuuuuuuuuuu je..kan?



pasni tudung mane plak??
byk lagi x try ni..
tapi yang pasti x complicated

SAYA MALAS!!;P
Monday, October 18, 2010

jadi x jadi



baru je semalam rasa teringin nak benti wat master
tapi bile bersalam ngan supervisor aku yang nak g haji tadi rasa macam x jadi plak
tibe2 rasa sebak salam ngan Dr. aku tadi

ok madi..rajin2 wat keje lab esok



berpisah jua

huhu~~~

roomate umah sewa aku pindah hari ni..
balik umah family..
lagipun labwork dia dah habess..
dan bakal kawen bulan 11 ni..
sibuk wat preparation..

sudah lumrah hidup..
jumpe..hepi..pisah..sedih..
sedih..sedih..
hanya aku je kot yg tau..

sunyi seyy dok kat bilik umah sewa tu sorang2..
mujur la housemate aku Dayang still stay kt umah tu..
xde la sangat terasa keseorangan..

fuh~
what a sad feeling i always got..




thanx tuyun
sabar jd roomate aku selama ni
hehe

selamat menyibukkan diri 4 ur wedding day
semoga lancar semuanye
aminn

^_^

mengenai lelaki dan sedikit tentang wanita

baru dapat emel ni dari husband saya yg jauh di mate dekat di hati..eceh..sebagai motivasi untuk isterinye yang slalu emosi x stabil..heheh..mengenai suami@lelaki dan ade la siket pasal pompuan..ok en berg..meh sini isteri u tolong komen..hahah..


Motivasi oleh Dr HM Tuah Mengenai Lelaki dan sedikit ttg wanita

Jika suami anda menyendiri dan menjauhkan diri, ketahuilah dia dalam keadaan tertekan. Boleh jadi ada tekanan di tempat kerjanya, boleh jadi oleh kereta yang dimilikinya, atau boleh jadi beberapa kerenah anda yang menjadi menyebabnya. Meskipun begitu, usahlah risau, ia sekejap saja.

komen isteri : kalau sekejap xpe..kalau lame mesti isteri nk pk bukan2..;p

Emosi pada orang lelaki umpama getah, sekejap saja telah kembali ke bentuk asal walaupun tadinya terhenyak pipih. Berbeza dengan anda bukan? Tatkala anda tertekan, emosi anda umpama ombak. Ombak memang tidak pernah reda, kalau reda pun mengambil masa yang lama.

komen isteri : eh?ye kot..hee

Apabila lelaki suka menyendiri dan berdiam diri, biasanya disebabkan imejnya yang tergugat. Biarkan sahaja untuk tempoh-tempoh tertentu. Usah 'gatal-gatal' sangat memujuk. Kadang-kadang lelaki hanya perlukan 'tempoh bertenang' sebelum mengambil langkah seterusnya. Anda kelam-kabut, maka itu anda mudah marah, cemburu dan merajuk apabila berdepan dalam situasi begini. Ohhh, itu silap.

komen isteri : ok..x payah pujuk..;p

Lelaki selalunya dapat menyesuaikan diri apabila menghadapi kesukaran, berbeza wanita biasanya cukup risau dalam keadaan demikian. Dan usah risau sangat kalau lelaki anda cuba berjauhan dari anda dalam keadaan-keadaan demikian sebab semula jadinya lelaki terasa selesa berjauhan dengan keluarga. Ini tentu berbeza sekali dengan anda, yang suka dan berasa tenang bersama keluarga.

komen isteri : oo..baru tau..ish2..jangan plak berjauhan pastu cari keseronokan kat luar plak..eh?nauzubillah..huhu~

Mengapa lelaki begitu? Itulah bukti kekuasaan ALLAH. DIA menjadikan perbezaan yang ketara antara lelaki dengan wanita, agar apabila disatukan, terjalinlah satu bentuk kekuatan lantaran saling sempurna menyempurnakan - lengkap melengkapi. Semua kekurangan isteri akan dipenuhi oleh suami dan semua kekurangan suami akan dipenuhi pula oleh isteri.

Lihat perbezaan sebagai sebab untuk sempurna menyempurnakan bukan jurang kedegilan untuk tidak mahu memahami.

Lelaki itu cara fikirnya makro, iaitu dia melihat secara keseluruhan, sedangkan anda para wanita mempunyai penilaian bersifat mikro iaitu melihat sesuatu secara terperinci. Maka itu, usah hairan, terkadang suami selamba dengan masalah yang anda rasakan cukup berat. Anda telah kering air mata sedangkan dia masih belum menitis walau sebutir pun air mata.


Jika berlaku pertengkaran selalunya dia akan melawan habis-habisan dan anda pula mengalah dan pura-pura setuju demi perhubungan. Usah terasa teruk sangat dengan keadaan ini, lelaki memang begitu, sentiasa mahu menang dan mahu sentiasa dilihat menang walaupun hatinya mengakui kesilapannya dan mahu berubah mengikut apa yang anda perkatakan.

Walaupun anda tahu anda benar dan anda tidak pernah berbuat salah, akhirilah semua pertengkaran dan perselisihan dengan anda yang meminta maaf. Anda mahukan dia yang meminta maaf? Usah harap. Lelaki memang berat untuk meminta maaf terutama daripada pasangannya. Ikut kajian, wanita lebih mudah meminta maaf dalam keadaan apa jua dan atas hal apa jua, maka gunakan kelebihan ini untuk lebih mudah meminta maaf walaupun tidak bersalah.

Satu lagi yang anda patut tahu tentang lelaki ialah mereka memang suka memberi arahan bagaikan ketua yang mempunyai kuasa. Usah dilawan, tapi layanlah hati sendiri dengan berleter hingga anda sendiri berasa puas.

Tapi awas, jangan sampai berleter di hadapannya, itu boleh memburukkan keadaan.

Kata orang, wanita sinonim dengan leteran. Kalau tak pandai berleter bukan wanita namanya. Ya, teruskan saja berleter, hamburkan semua yang menekan kepala. Cuma mohon berleter di dalam bilik yang tertutup, sebab kucing pun pening dengan leteran anda.

Lelaki memang rimas dengan leteran dan cepat naik darah apabila asyik dileteri. Lihatlah betapa berbezanya anda dengan suami. Tidakkah anda setuju jika saya katakan, adalah amat beruntung jika anda tahu lebih banyak tentang lelaki?

Kecantikan Lelaki

Kecantikan seorang lelaki bukan kepada rupa fizikal tetapi pada murni rohani. Lelaki yang cantik,adalah: -
1) Lelaki yang mampu mengalirkan airmata untuk ingatan
2) Lelaki yang sedia menerima segala teguran
3) Lelaki yang memberi madu, setelah menerima racun
4) Lelaki yang tenang dan lapang dada
5) Lelaki yang baik sangka
6) Lelaki yang tak pernah putus asa
7) Lelaki yang bijak menangani segala permasalahan

Kecantikan lelaki berdiri di atas kemuliaan hati. Seluruh kecantikan yang ada pada Nabi Muhammad adalah kecantikan yang sempurna seorang lelaki.

Kegagahan Wanita

Kegagahan seorang wanita bukan kepada pejal otot badan, tetapi pada Kekuatan perasaan.
Perempuan yang gagah,adalah: -
1) Perempuan yang tahan menerima sebuah kehilangan
2) Perempuan yang tidak takut pada kemiskinan
3) Perempuan yang tabah menanggung kerinduan setelah ditinggalkan
4) Perempuan yang tidak meminta-minta agar dipenuhi segala keinginan.

Kegagahan perempuan berdiri di atas teguh iman. Seluruh kegagahan yang ada pada Khadijah adalah kegagahan sempurna bagi seorang perempuan.

MENGUSAHAKAN SESUATU ADALAH JAUH LEBIH BAIK DRPD TIDAK MELAKUKAN APA-APA, WALAUPUN ADAKALANYA YG DIUSAHAKAN ITU GAGAL


**pompuan kene kenali lelakinye@suaminye..lelaki pun berusahalah kenali pompuannye@isterinye..^-^**




Friday, October 8, 2010

mari berdoa



Doa Menghadapi Kesedihan, Kelemahan, Kemalasan, Takut, Kikir, Banyak Hutang Dan Penindasan

Allaahumma innii a'uudzu bika minal hammi wal hazani wa a'uudzu bika minal 'ajzi wal kasali wa a'uudzu bika minal jubni wal bukhli wa a'uudzu bika min ghalabatid dayni wa qahrir rijaali.

Artinya : Ya Allah, aku berlindung pada-Mu dari kemurungan dan kesusahan, aku berlindung pada-Mu dari kemalasan dan aku berlindung pada-Mu dari ketakutan dan kekikiran, aku berlindung pada-Mu dari tekanan hutang dan paksaan orang lain.



Doa Ketenangan Jiwa

Rabhanaa afrigh 'alaynaa shabran wa tsabbit aqdaamanaa wahshurnaa 'alal qawmil kaafirina. Rabbanaa laa tuzigh quluubanaa ba'da idz hadaytana wa hablanaa min ladunka rahmatan innaka antal wahhaabu. Allaahumma tsabbitnii an azilla wahdinii an adhilla. Allahumma kamaa hulta baynii wa bayna qalbii, fahul baynii wa baynasy syaythaani wa 'amalihi. Allaahumma innii as-aluka nafsan muthma 'innatan tu'minu biliqaa'ika wa tardhaa biqadhaa'ika wa taqna'u bi'athaa'ika

Artinya : Ya Tuhan kami, curahkanlah kesabaran atas kami dan teguhkanlah pendirian kami serta tolonglah kami terhadap golongan yang kafir.

Ya Tuhan kami, janganlah kau palingkan hati kami setelah Engkau tunjuki dan berilah kami dari hadhirat-Mu rahmat karena Engkau adalah Yang Maha Pemberi.

Ya Allah kukuhkanlah aku dari kemungkinan terpelesetnya iman, dan berilah aku petunjuk dari kemungkinan sesat. Ya Allah sebagaimana Engkau telah memberi penghalang antara aku dan hatiku, maka berilah penghalang antaraku dan antara syaitan serta perbuatannya.

Ya Allah aku mohonkan pada-Mu jiwa yang tenang tenteram, yang percaya pada pertemuan dengan-Mu dan redha atas keputusan-Mu serta merasa cukup puas dengan pemberian-Mu.



Doa Mohon Ketenangan Dalam Menghadapi Musibah

Allahummarzuqnii nafsan muthma'innatan tu'minu biliqaa'ika wa tardhaa biqadhaa'ika

Artinya ; Ya Allah, berilah kami hati yang tenang, yang beriman akan saat perjumpaan dengan-Mu dan redha menerima segala ketetapan-Mu



Doa Ketika Menghadapi Kesulitan

Allahumma Laa shla illaa maa ja'altahu sahlan wa anta taj'alul hazna idzaa syi'ta sahlan

Artinya : Ya Allah, tiada yang mudah selain yang kau mudahkan dan Engkau jadikan kesusahan itu mudah jika Engkau menghendakinya jadi mudah.

(HR. Ibnu Hibban)



Doa Dimudahkan Segala Urusan

Allaahumma innii as-aluka tamaaman ni'mati fil asy-yaa'I kullihaa wasy syukra laka 'alayhaa hattaa tardhaa wa ba'dar ridhaa, wal khiyarata fii jamii'I maa yakuunu fiihil khiyaratu wa bijamii'I masyuuril umuuri kullihaa laa bima'suurihaa yaa kariimu.

Artinya : Ya Allah, aku mohonkan pada-Mu kesempurnaan ni'mat pada segala perkara dan mensyukuri-Mu atasnya, sehingga Engkau redha dan sesudah redha itu lalu aku mohonkan pula kepada-Mu untuk memilih segala apa yang boleh dipilih dan dengan segala kemudahannya, bukan yang sulit lagi sukar dikerjakannya. Wahai Tuhan Yang Maha Mulia.


eh..engkau..

pernah kah anda mengalami situasi ni..mesti pernah..konpem..

ni baru 1st time akak dpt msg org x puas ati macam ni..

kat fb..ade sorang lelaki ni bagi msg:

''nak add pun xblh xkan kekekekekedekut kot??????''

eh..engkau..byk nye tanda soal ko letak?kecoh bebeno..suka hati akak la nk approve ke tak..kenal pon tak..sesuke hati nak sound2 orang..ade jugak orang mcm ni..dunia..dunia.. (-_-'')
Thursday, October 7, 2010

xde motibasi




kenapa saya malas??
SEBAB SAYA TAK RAJIN

kenapa mereka rajin??
SEBAB MEREKA TAK MALAS

xde motibasi
malas melampau2
macam kene mandrem

nauzubillah


.:: haih ::.
Tuesday, October 5, 2010

what's next

hampir setiap hari aku mimpi
tapi mimpi emosi
hampir setiap hari
isi sama
perkara sama
tapi jalan ceritanya lain2

sampai bila ni?

oh God
what's next?

:(